Friday, June 3, 2016

Cinta Terindah Dari Langit


Teaser 1


"Lupakah setiap langkah seorang isteri itu membawa sekali nama dan maruah seorang suami?"
"Maruah?" Sinis Hajar bertanya.
"Tergadainya perkahwinan kami, tatkala mata menjadi saksi perlakuan sumbang dia di bilik kami sendiri. Bagaimana andai mata dia yang melihat Hajar yang berselingkuh? Pasti talak jatuh saat itu juga bukan?"
Ariff kulihat sudah merah cuping telinganya. Itu isyarat dari seorang Kapten Ariff Baktiar apabila dia sedang terlalu marah! Kesabaran dia tergugat dengan setiap tujahan soalan dari Hajar. Sepupunya itu sedang marahkan suami sendiri, tapi Ariff yang menjadi mangsa untuk dia melepaskan geram!
"Kalaulah mata ini, boleh menipu pasti Hajar masih sebumbung dengan dia. Mesti Hajar sedang berada di rumah menanti dia pulang untuk makan bersama. Tapi, hati ini tak bisa menutup hijab yang terbuka, Ariff. Sangat sakit, Ariff. Terlalu perit dan pedih!"
Melihat air mata Hajar, aku merangkul dia seerat mungkin. Sebuah kristal kepercayaan hiasan untuk mahligai mereka telah jatuh lalu hancur berkecai! Hingga terlalu sukar untuk mencantumkannya. Malah deraian kaca itu mencucuk jari dan pedihnya sangat menikam sanubari Hajar.
Apakah mungkin gadaian untuk perkahwinan mereka tak dapat ditebus lagi? Dan kebahagian Hajar sudah dilelong?
Bak kata Hajar, Kalaulah dia yang curang dan si suami yang melihat. Pasti talak jatuh saat itu juga. Tapi talak itu akan terus kekal dipegang kuasanya oleh sang suami. Dan apakah segalanya terlucut, bersaksikan seorang hakim?
Allah...
Hajar, fikirkanlah Sofea. Aku mohon, bertenanglah dulu sebelum apa jua keputusan dicapai.
"Ariff, tolonglah bagi Hajar masa. Awak tak boleh marahkan Hajar seorang. Dan pelakunya bukan Hajar. It's him, Ariff. Pergilah tanya dia, di mana cacat celanya Hajar sebagai isteri dia." Luahku perlahan sambil mengurut perlahan belakang Hajar.
Berkahwin, semua orang mampu berkahwin. Tapi, kesedian memikul tanggungjawab itu semua orang mampukah?
Berkahwin untuk menghalalkan yang haram, bimbang nafsu beraja di hati akan membutakan hukum. Tapi, mengapa yang haram juga digauli?
Allahuakbar, Maha Suci Allah.

Post a Comment