Friday, June 3, 2016

Cinta Terindah Dari Langit



Teaser 3


"Jangan menangis Nia. Inshaa-Allah, saya akan pulang. Jaga diri dan hati awak untuk saya."
Aku pandang Ariff, dia meminta aku jangan menangis. Tapi, dia yang sedang mengesat air mata!
"Bila balik kampung, tolong jenguk mak dan abah saya ya?"
Aku hanya mengangguk. Tiada kata yang terbit dari bibirku. Suasana di lapangan terbang ini sangat menyentuh hatiku.
Mak dan abah Ariff sekali lagi mendakap Ariff. Erat! Berjuraian air mata di pipi mereka. Hati aku berat mahu melepaskan dia pergi apatah lagi mereka. Ariff satu-satunya anak mereka kini akan berangkat pergi.
Di sini ada ibu dan ayah yang ditinggalkan. Di sini tangisan sang isteri mengiringi pemergian suami tercinta. Di sini anak-anak berteriak memanggil ayah mereka. Ada juga yang memanggil ibu mereka. Dan aku juga di sini, menangisi keberangkatan pergi tunanganku; Kapten Ariff Bakhtiar.
Kalaulah aku ini halal buatnya, aku juga akan memeluk erat perwiraku!

Post a Comment