Sunday, June 19, 2016

Seperti Adanya Kamu

Bab 1
Ros temukan kita!





“Cari apa encik?” Soal perempuan cina separuh abad, pemilik nursery ni barangkali. Hairan agaknya perhatikan Ra’ed asyik terpusing-pusing dari tadi, tapi tak jumpa apa yang dia cari.
Auntie, saya mahu cari anak pokok bunga ros.” Jawab Ra’ed.
Hairan..takkan tak ada pulak! Rasanya semua lorong dah masuk. Tapi memang tak ada! Takkan la tak kenal kot. Ibu rajin tanam di laman ‘rumah besar’, jadi memang kenal la rupa bunga dan daunnya.
Haiyya, sorry la encik. Bunga ros sudah habis.” Jawab nyonya itu.
Ala auntie.. takkan sudah habis? Mustahil satu pokok pun tak ada.” Cuba minta kepastian. Pelik pulak rasa hati ni. Mustahil satu anak pokok pun tak ada!
Tak ada la encik. Itu amoi sudah beli semua.” Beritahu nyonya tersebut sambil menunjukkan susuk tubuh seorang gadis yang sedang membelek anak pokok bunga ros di hujung tempat mereka berdiri. Orangnya kurus, tinggi, berkulit kuning langsat.
Mak aiihhh! Dia nak buat apa dengan anak pokok tu semua? Habis semua dia borong!
Encik try tanya dia. Dia boleh kasi jual sama encik tak. Pergilah tanya.” Usul pemilik nursery yang mesra disapa dengan panggilan Auntie Sim.
Ra’ed hanya mengganguk sambil mengucapkan terima kasih kepada nyonya Auntie Sim.Kaki diatur menuju ke arah gadis yang ditunjukkan kepadanya tadi.
Walau macam mana pun dia harus membeli anak pokok itu. Sepokok pun jadi la!
Cik..” gadis menoleh. Memaku pandangan tepat pada Ra’ed.
Ye.” Wajahnya lembut menyapa peluput mata Ra’ed.
Boleh jual pada saya sepokok anak bunga ros tu tak?” Mata si gadis mengikut hala tangan Ra’ed yang menunjukkan anak pokok bunga ros yang dimaksudkan lelaki itu.
Maaf encik. Saya dah beli dan saya memang nak guna anak pokok tu.” Sopan kata-kata si gadis sambil tersenyum.
Boleh la.. tolong jual pada saya, sepokok pun jadi la.” Gadis kurus tinggi itu menghela nafas.
Tapi saya nak guna encik. Kalau saya jual, nanti tak cukup pulak kuantiti yang saya mahukan. Ra’ed mengeluh.
Nak satu jer takkan la tak boleh?
Saya betul-betul nak ni. Saya nak belikan untuk ibu saya. Ibu saya suka tanam bunga.” Bersungguh lelaki itu memujuk. Nayli yang melihat wajah muram itu, berasa tak sampai hati. Hailah.. Nayli, sesungguhnya kalau soal anak dan ibu kau pasti akan selalu kalah kan?
Lama Nayli berfikir, setelah menconggak-conggak dia akhirnya menganggukkan kepala tanda bersetuju untuk menjual sepokok bunga ros pada lelaki itu. Tersenyum lebar si jejaka sambil mengucapkan terima kasih.
Nampak gaya, kena cari kat tempat lain la ni.


Istana kasih yang terletak jauh ke dalam dusun, di jadikan transit bagi anak-anak pokok yang akan digunakan untuk projek lanskap. Di situ ada sebuah pejabat urusan yang bersambung dengan ruang sebelah. Anak-anak pokok dipindahkan dari lori 1 tan, oleh pekerja nursery sambil diperhatikan oleh Nayli. Bila semuanya sudah sudah selesai, Nayli mula menapak ke ruang pejabat, namun kakinya terhenti kala namanya diseru.
Nayli kenapa anak pokoknya kurang satu?”Salah seorang pekerja Nayli bertanya setelah pengiraan selesai dilakukan.
Aah.Wak. Memang kurang satu, sebab ada orang tu beria-ia mahu beli dengan saya. Sepokok pun jadi la katanya. Dia nak belikan pada ibu dia. Kesian pulak tengok dia.”Jawab Nayli senada sambil tangannya menyemak bil belian tadi.
Oh.. orang tu lelaki ke perempuan?”
Lelaki Wak.” Hanya suara yang menyapa telinga lelaki tua itu. Mata Nayli masih lagi merenung kertas putih di tangan.
Bagus orang tu. Kalau jadi suami lagi bagus tu Nayli.”Bibir tua itu tersengih bila Nayli panggung kepala ke arahnya.
Dengan kening yang bertaut..”Apa kena mengena pulak tu Wak? Ada –ada jer wak ni!”
Ish.. tak faham! Apa kena mengena orang lelaki beli anak pokok bunga ros adalah lelaki yang baik?
Iyer la. Lelaki yang menggembirakan hati ibunya, adalah lelaki yang baik. Bila berkahwin, jadi suami yang baik. Yang selalu menggembirakan hati isteri. Tak mahu dapat suami yang baik? Lain kali, kalau jumpa orang tu lagi.. jangan malu minta nombor telefon dia.” Tutur Wak dan terus meninggalkan Nayli terkebil-kebil sendiri cuba untuk memahami maksud Wak tadi. Namun bila dia tersedar, dia terjerit kecil memanggil Wak yang telah jauh meninggalkannya.
E’ehh.. Wak ni! Suka hati dia jer. Entah-entah laki orang ke? Bahaya! Tak pasal-pasal kena ganyang dengan bini dia. Kalau bujang atau duda tak pe la jugak! Tapi kalau lelaki bujang yang suka beli bunga ni bukan kasanova ke? Err, itu kalau beli bunga yang siap bungkus cantik-cantik tu kot! Hailah.. minta simpang lah malaikat 44!
Di mana pulak mahu beli anak pokok bunga ros tu lagi? Esok sudah mahu ke rumah Dato’Sukri. Isterinya, Datin Anita tu beria-ia mahu lanskap rumahnya dipenuhi dengan bunga ros pelbagai warna. Halaman bangle besar itu sangat luas. Sebab itu mereka memerlukan khidmat Nayli sebagai arkitek lanskap, untuk memperindahkan lagi kawasan rumah di atas puncak bukit itu. Puas difikir, baru teringat ada satu lagi nursery yang selalu Nyali berurusan yang terletak di Ulu Tiram.
Harap-harap adalah rezeki kat situ!



Peraturan tetap peraturan walaupun pejabat urusannya bersambung dengan tempat tinggalnya, selagi tidak pukul 5, selagi tu Nayli tidak akan melangkah masuk ke pintu sebelah. Sekarang baru pukul 4.45 petang, masih ada lagi lakaran yang boleh dilakar. Sentuhannya halus berseni, lanskapnya juga cantik mata memandang. Bakat yang diwarisi daripada walidnya telah melonjakkan namanya dalam dunia lanskap. Padahal masih ramai pekerjanya yang mampu untuk menghasilkan lanskap yang cantik, tetapi klien lebih suka berurusan dengan gadis itu sendiri.
Dalam sedang meneliti lakaran di hadapannya, telefon pintarnya bernyanyi meminta untuk diangkat. Bibir tersenyum melihat nama pemanggil.
Dr Taaj Durrani
Salam diberi saat telefon itu sudah dilekapkan ke telinga. Kedengaran balasan salam di sebelah sana.
Awak sibuk?” Si dia memulakan bicara.
Taklah sangat. Kenapa Dr Taaj? Ada hal yang berkait dengan anak-anak saya ke?” Soal Nayli. Agak bimbang hatinya. Sebelum ni Dr. Taaj amat jarang telefon Nayli melainkan ada hal serius yang berkait dengan anak-anaknya.
Kedengaran suara Dr. Taaj ketawa kecil.
Hurm.. dia ni asyik fikir anak-anak angkat dia jer agaknya. Tak ada apa yang difikir selain mereka semua.
Ish, Tak la. Saya telefon ni sebab nak tanya awak.”
Tanya apa tu Dr. Taaj?”Nayli tersengih sendirian.
Mesti doktor handsome tu fikir apa-apa. Apalah Nayli ni!
30hb nanti awak free tak?” Matanya mengerling kelendar yang terletak di atas meja kerjanya.
Tak pasti lagi la doktor. Kenapa ya?”
Hospital ada anjurkan sambutan hari AIDS pada tarikh tu. Kalau awak sudi, datanglah bawa anak-anak. Banyak program untuk kids. Mesti anak-anak awak suka.”suara doktor lelaki di hujung talian kedengaran teruja menyampaikan berita.
Oh ye ke? Pertandingan mewarna ada tak? Ain suka sangat masuk pertandingan macam tu.” Nayli pula yang teruja dengan berita yang disampaikan oleh Dr.Taaj tadi.
Harus la ada! Oh really miss her! Budak comel! Nanti datang la bawa anak-anak. I tunggu you.”
Rindu anaknya tak apa Taaj. Jangan rindu mamanya pulak!
Inshaa Allah. Nanti saya masukkan dalam jadual saya. Lama lagi kan program tu? Hujung bulan kan?” kelendar dicapai.
Nombor 30 dibulatkan. Tangan mula menconteng kelendar tersebut.
Sambutan Hari AIDS HSA!


Dari jauh, dia nampak Hajah Salbiah sedang duduk mencangkung menghadap pokok-pokok bunganya. Tangannya yang sedang menggembur tanah terhenti, bila mendengar deruan enjin kereta memasuki halaman. Hajah Salbiah bangkit dari situ, sambil menanggalkan sarung tangan kainnya. Berjalan perlahan menuju ke pili air yang terletak di tepi pagar. Tangan yang basah dilap dengan sehelai tuala good morning. Bibir mengorak senyum melihat si anak pulang.
Assalammualaikum, ibu.” Tangan Hajah Salbiah dicapai. Hidungnya dan bibirnya mengucup kura-kura tangan si ibu
Waalaikummusalam. Ra’ed dari mana ni?” Melihat si anak yang tersenyum, hati tuanya jadi hairan.
Ada apa-apa ke? Senyum tu lain macam aja!
Ra’ed belikan ibu anak pokok bunga ros. Kejap, Ra’ed ambilkan.” Bonet kereta dibuka, anak bunga ros dikeluarkan.
Maaf la ibu, Ra’ed dapat beli satu je. Ini pun Ra’ed merayu pada seorang perempuan, minta dia jualkan pada Ra’ed. Banyak betul dia beli. Sampai habis Bu.”Adu Ra’ed pada si ibu.
Hailah, anak yang sorang ni memang terlalu baik! Selalu buat hati tua ni terharu. Dari dulu hingga sekarang dia tak pernah berubah!
Terima kasih la Ra’ed. Satu ni pun dah buat ibu terharu tau!” Pipi si anak dicium mesra.
Ra’ed tersengih bila menerima habuan dari ibunya.
Bahagia ibu, bahagialah Ra’ed.. Bu.
Mahu pulak orang tu jualkan pada Ra’ed pokok ni?” Anak pokok yang dibeli oleh Ra’ed dibelek. Ada beberapa kuntum bunga mula mengembang.
Mula-mula dia tak nak jual Bu, dia kata dia nak guna. Ish.. banyak sangat dia borong! Ra’ed beria-ia pujuk dia. Ra’ed ternampak bunganya warna kuning la Ra’ed merayu kat dia. Sebab ibu belum tanam lagi ros kuning kan? Bila Ra’ed cakap Ra’ed nak beli untuk ibu, dia terus setuju jual kat Ra’ed.” Terbayang seraut wajah tika dia bertentang mata dengan perempuan di nursery tadi. Mata dia cantik.
Ala.. contact lens kot. Kan memang ada kanta lekap yang macam-macam warna!
Ibu suka?”
Suka la sayang. Apa saja anak ibu hadiahkan untuk ibu, ibu sangat hargainya. Terima kasih.” Tangan Ra’ed ditepuk perlahan.
Sebanyak mana pun wang ringgitnya, takkan terbayar jasa dan pengorbanan ibu untuk Ra’ed!






Post a Comment