Sunday, June 19, 2016

Seperti Adanya Kamu

Bab 2
Sesuci embun pagi..





“Assalammualaikum Ain Raisya. Bangun sayang.” Rambut yang menutupi separuh muka si kecil dikuak.
Tiada tindak balas. Nayli melabuhkan punggung di atas tilam.
Ain.. bangun sayang.” Telapak tangannya menyentuh lengan Ain. Menggosok perlahan di situ.
Tidur dengan posisi mengiring,kemudian Ain bergerak. Menukar posisi telentang pula. Nayli mencium dahi Ain sambil jarinya bermain dengan jari kecil itu.
Kelopak mata Ain tetap tertutup rapat. Lena sungguh!
Bangun la sayang. Adik beradik Ain semua dah bangun. Ain jer tidur lagi ni. Mama kira sampai tiga. Kalau tak bangun, mama geletek Ain sampai bangun.” Bibir tersenyum senget, Ain cukup tak gemar bila digeletek!
Satu..” Tangan Nayli sudah mula menyentuk tapak kaki Ain.
Ain tetap begitu. Diam dalam lena.
Dua..”Jari Nayli sudah mula bermain di situ.
Ain menarik kakinya. Geli dengan sentuhan Nayli.
Ti..ti..tiga” pergerakannya terhenti bila Ain mula bersuara.
Tau takut!
Mama..jangan la.” Rengek Ain dengan perlahan. Pandangan yang silau menyebabkan kelopak mata Ain tertutup kembali.
Bangun. Dah banyak kali ni mama kejut. Cepat Ain, orang lain semua dah siap.” Nayli sudah mula bertegas.. tapi masih lagi dengan nada yang lembut.
Mama ni..”Ain mula bersungut sambil menggenyeh matanya.
Kenapa hari ni liat betul nak bangun?
Apa mama ni? Kan semalam mama dah cakap, mama tak boleh lambat hari ni. Mama ada meeting kat ofis besar. Cepat bangun, kalau Ain lambat kita tak boleh sarapan sama-sama. Kesian kat abang dan kakak, dah lama mereka tunggu kat bawah.”Tangan si anak ditarik. Memaksa supaya bangun dari pembaringan.
Ain sudah duduk dan mendepakan kedua tangannya. “Mama nak dukung. Lepas tu nak mandi air panas.” Suaranya merengek manja.
Ish... orang nak cepat. Dia sengaja buat lambat!
Tubuh Ain disauk dalam dukungan. Laju kakinya melangkah ke dalam bilik air. Malam semalam Ain tidur dengannya, itu yang pagi ni jadi mengada lebih! Selalu boleh jer bangun sendiri bila tidur di bilik sendiri.
Bertuah punya anak! Sudahlah tidur lasak. Hampir terjatuh dibuatnya. Lasak bukan main. Sampai 360 darjah dia berpusing dalam tidur. Ain..Ain..


Sudah diajar dan terapkan supaya setiap pagi wajib untuk semua penghuni Istana Kasih bersarapan bersama Nayli. Anak-anak yang akan bersekolah di sesi petang juga wajib bangun pagi dan bersarapan bersama. Sarapan akan disediakan sendiri oleh Nayli. Makan tengahari dan malam akan disediakan oleh Mak Ani. Manakala Azyan cuma membantu menguruskan anak-anak.Hanya sarapan pagi dan makan malam saja mereka akan bersama. Siang akan diuruskan oleh Azyan.
Sambil menyusun cawan, mata mengerling jam di dinding. Pukul 7 pagi! Tapi Hanan dan Faiz masih tidak nampak bayang. Hanan, sahabat Nayli. Sahabat paling akrab. Setiap hari memang Hanan akan hantar Faiz ke Istana Kasih sebelum pergi kerja di bandar. Faiz cuma muda setahun dari Ain.
Mana pulak Hanan dan Faiz ni? Tak sampai pun lagi! Selalu dah sampai awal. Ish.. suka buat orang risau!
Anak-anak semua sudah duduk bersila.Pinggan yang sudah terisi mee hoon goring, sedia untuk dimakan. Mereka memang makan bersila. Bukan tak ada meja makan tapi tak cukup untuk lima belas orang anak-anaknya. Kesemuanya makan duduk bersila. Adil! Daripada ada yang tak dapat duduk, lebih baik semuanya sama-sama duduk makan beralaskan kain saprah!
Ketika tangan menadah doa yang dibacakan oleh anak lelaki yang sulong, kedengaran suara orang memberi salam. Makin lama suara itu makin mendekat. Dekat dan jelas!
Assalammualaikum mama Nelly.” Suara Faiz menyapa halwa telinga Nayli.
Sambil tersenyum dia menjawab salam. Dibiarkan tangannya dicapai oleh Faiz untuk disalami.
Jom kita sarapan sekali.”Faiz mengangguk. Terus melabuhkan punggung di sebelah Nayli.
Dari kerlingan matanya, Nayli dapat melihat sesuatu di muka Hanan yang duduk di hadapannya. Dia merenung tajam, namun Hanan cuba berlagak biasa. Seperti tiada apa yang berlaku. Padahal dia tahu Nayli merenung dirinya.
Apasal mata sembab?” Walaupun Hanan cuba melarikan anak mata dari bertembung dengan mata Nayli. Dia tetap tertangkap dengan mata Nayli.
Huluran cawan bertukar tangan. Kening Nayli yang terangkat tanda soalan perlu dijawab. Tapi tak diendahkan oleh Hanan. Nayli mula mendengus perlahan.
Dengar tak aku tanya?”
Dengar la..”
Abis? Tak de mulut nak jawab?”
Pantang sungguh bila kita tanya, orang buat tak reti jer. Lebih-lebih soal Hanan Najlah ni.
Kedengaran keluhan kecil dari Hanan. “Tak ada apa. Tak cukup tido jer.”
Nayli merenung tajam. Bibir tersungging senyum sinis.
Semalam aku baca novel. Best citer tu. Sedih, sampai menangis aku.” Muka tak bersalah betul. Sengaja dia selamba kan mukanya.
Ok Hanan dah buka hikayat ceritera ‘Aku isteri seorang suami’ meh kita layankan!
Iyer?”Hanan mengangguk, kemudian cawan disisip ke bibir.
Tajuk apa? Sapa penulis?” Sengaja dia memerangkap Hanan dengan soalan itu. Nayli memang mahir bab ni. Dalam diam memang akan terperangkap dengan soalan cepu emas dia.
Ala.. lupa la pulak tajuk citer tu.”Nayli tahu Hanan cuba mengawal air mukanya sendiri. Nampak sangat kejanggalan senyuman di bibir Hanan.
Nelly, jangan tanya lagi! Pleasee...
Nayli menjeling tajam.
Jangan ingat kita tak tau la Hanan! Mata tu sembab sebab menangis kerana suami tu awak tu.. Tak guna mendesak. Orang tak nak citer, takkan nak paksa?
Nayli mengerling Faiz di sebelah. Apa la yang terjadi malam semalam agaknya.
Simpan lah sorang-sorang. Pendam sendiri. Ada masalah tak nak cakap.” Hanan tetap beku dari bercerita hal yang sebenar.
Tak percaya sudah!” Hanan terus menyuap mee hoon ke mulut. Cuba berlagak tenang. Dalam hati dia berdoa agar Nayli tidak mendesak lagi. Nayli memang suka mendesak bila orang terlalu payah untuk bercerita. Kalau tak mahu cerita, jangan sesekali buka mulut dengan dia. Kalau tidak dia akan cari sampai dapat. Selagi tak berpuas hati selagi tu dia korek!
Nayli menarik nafas.Terlalu sukar untuk dia mengorek cerita Hanan. Padahal bukan sekali dua dia terserempak dengan suami Hanan dengan orang lain. Bila dikhabarkan pada Hanan cuma senyum.
Rakan sepejabat Akmal.’
Itu yang dijawab Hanan dulu. Rakan sepejabat apa nyer kalau jalan pimpin tangan! Sejak terserempak, Nayli dah tak percayakan Akmal lagi.
Memang aku tak percaya! Apa saja yang berkaitan dengan suami kau tu aku tak percaya! Dari dulu hingga sekarang dan sampai bila-bila pun aku tak percayakan dia!” Bentak Nayli. Hanan terkejut. Walaupun suaranya tak tinggi kerana sedang bersama anak-anak, ketegasan pada suara itu cukup buat Hanan kecut perut. Nayli lemah lembut, tapi jangan cabar ketegasan dia!
Hanan hanya menikus bila Nayli sudah mula merenung dia dengan tajam. Jangan main api dengan Nayli Karmila, diam dia diam berisi! Lemah lembut dia bukan bererti dia boleh diperkotak-katikkan sesuka hati.


Di bilik pengarah urusan, Nayli menyemak semula fail mesyuarat tadi. Itu memang rutin bagi dia, walau dia hanya datang mempengerusikan mesyuarat seminggu sekali, itu tidak bermakna dia tidak tahu setiap apa yang berlaku. Semua pekerja Tuan Najmuddin tahu akan urusan lain yang Nayli uruskan selain firma. Setakat ini tiada yang mengambil kesempatan dengan ketiadaan Nayli di pejabat. Ada orang kanan Tuan Najmuddin yang memantau segala urusan firma. Dan setiap hari laporan akan dihantar kepada Nayli.
Tok! Tok!
Pintu di ketuk dari luar.Setelah mendapat keizinan dari Nayli, Suria, pembantunya melangkah masuk bersama diari Nayli. Nayli amat senang bekerja dengan gadis itu. Cekap! Apa saja temujanji, Suria akan aturkan dengan elok. Dia juga tahu temujanji anak-anak Istana Kasih. Mudah bagi dia dan Nayli untuk menguruskan temujanji klien.Tidak bertindih atau bertembung!
Ya, Suria?”
Wakil dari Keris Bina dah sampai cik Nayli. Mereka tengah tunggu cik di bilik mesyuarat.” Beritahu Suria. Ya, dia tahu. Ada perjumpaan dengan wakil Keris Bina.
Siapa wakil yang mereka hantar Suria?” Mata Suria dipandang lembut, menanti jawapan.
Encik Kamil dan Encik Fikri.” Nayli mengeluh. Kamil dari Keris Bina. Hari yang dinantikan sekian lama. Hari ini setelah dua tahun, tuan empunya nama akan bersua dengan Nayli.
Ok. Kejap lagi saya ke sana. Tolong hantarkan air nanti ya? Terima kasih Suria.” Suria berlalu keluar selepas menerima arahan Nayli.
Pandangan mata tertumpu kepada bingkai gambar di atas meja. Gambar Nayli bersama Tuan Najmuddin. Dicapai frame tersebut. Diusap perlahan wajah Tuan Najmuddin.
Walid, hari ni Nelly kena hadap Kamil seorang diri.”Nayli bercakap seorang diri. Seolah-olah Tuan Najmuddin sedang berada di depannya.
Hati Nelly yakin dia masih marah tentang perkara yang lepas tu. Tapi Nelly tak ada pilihan. Nelly kena juga jumpa dia atas urusan kerja ni.”
Terbayang kembali di layar korneanya, wajah Kamil yang merah menyala menahan marah. Arggh, sungguh menakutkan! Tapi Nayli tiada pilihan tika itu.Bingkai gambar diletakkan kembali ke tempat asal. Kertas gulungan besar dicapai sebelum dia keluar dan melangkah ke bilik mesyuarat.
Bilik mesyuarat yang berdinding cermin itu, membolehkan Nayli melihat tetamunya dari luar.Kelihatan Kamil sedang bercakap melalui telefon bimbitya. Fikri pula sedang mencatat sesuatu di dalam diari.Makin lama makin dekat kaki menuju ke pintu kaca itu. Berdiri seketika, menarik nafas dalam sedalamnya. Dihembuskan perlahan. Dengan lafaz bismillah,Nayli menolak pintu tersebut.

Assalammualaikum.”
Post a Comment