Thursday, July 7, 2016

Seperti Adanya Kamu

Bab 6
Diluah mati mak, ditelan mati bapa.




L
ambat balik Ra’ed?” Tegur Haji Raihan saat si anak mengunci pintu utama.
“Aah, Yah. Tadi singgah minum dengan Shahrul. Ayah tak tidur  lagi?”
Apa nak dihairankan Ra’ed? Tak nampak ke buku yang ayah pegang tu? Perangai kau kan ikut ayah, mesti nak baca buku dulu sebelum tidur. Kadang-kadang buku hempap muka pun tak terasa!
“Ibu mana?” Soal Ra’ed bila hanya Haji Raihan berada di ruang tamu itu.
“Dalam bilik agaknya.”
“Nak naik atas dulu la, Yah. Melekit dengan peluh ni.” Beg raket badmintonnya sedikit melorot daribahu, dibetulkan.
“Pergi la. Mandi air panas Ra’ed. Jangan mandi air sejuk.. dah tengah malam dah ni.” Pesan si ayah. Anak dah besar panjang pun masih dipesan macam-macam.
“Iyer.” Jawab Ra’ed sepatah sambil berlalu pergi.
Haji Raihan hanya menggeleng sebelum pandangaan matanya kembali menatap buku di tangan.
Ra’ed..Ra’ed.. kenapa la kau berubah sampai macam ni, nak? Bukan ayah tak tahu, kau sengaja balik lambat setiap kali kesemua kakak kau pulang ke rumah ini.



Raudhah yang sedari tadi menanti Ra’ed mencuri pandang bila si bongsu naik ke bilik. Sudah lama dia di dapur, berbual dengan Kak Long dan Alang. Ada perkara yang ingin ditanya dengan Ra’ed. Antara mereka bertiga, cuma dia saja yang boleh berbual dari hati ke hati dengan si duda.  Adik lelaki tunggalnya itu rapat dengannya. Jadi perkara itu telah dikhabarkan pada Ra’ed  minggu lepas melalui telefon. Masa seminggu telah diberi pada adik bongsunya untuk berfikir.
“Dia dah balik!”
“Tunggu esok la Ngah.”Kak Ngah yang sudah berdiri tak jadi melangkah bila Kak Long menegur.
“Laa.. Kak Ngah tak sabar ni nak tau  dia cakap apa.” Punggung kembali didudukkan di kerusi.
“Esok saja la Kak Ngah. Adik baru balik. Kang tak memasal dia naik angin pulak!” Alang menarik tangan kak ngah.
“Inshaa-Allah,  kalau dia tak mahu, nanti kita orang tolong.” Akhirnya Kak Ngah mengalah!
Tunggu esok saja la. Tak apa, malam  ni kita atur rancangan dulu.  Mana la tau, dia akan  menolak. Sekurang-kurangnya adalah  rancangan lain untuk digantikan. Biar nanti semua berjalan dengan  lancar!
 Sementelah sedang berkumpul adik beradik, nanti apabila masing-masing sudah pulang ke rumah sendiri tiada masa untuk berbuat demikian. Bermalam di rumah besar adalah aktiviti wajib bagi anak-anak Haji Raihan dan Hajah Salbiah. Sebulan sekali memang akan ada tarikh untuk mereka sekeluarga. Memandangkan kesemuanya masih berada di Johor Bahru, tiada masalah untuk mereka menuruti peraturan  si ayah.
Bagi si ayah pula, tiada  pekataan  ‘tidak boleh’ yang  dia  mahu dengar dari anak  menantunya. Melainkan ada di antara mereka yang outstation! Sudah berkeluarga bukan menjadi  titik tolak  untuk anak-anak Haji Raihan tidak balik ke rumah besar. Sebab itu peraturan sebulan sekali bermalam di rumahnya itu ditetapkan dan  termaktub wajib!
Ketika bersarapan,Ra’ed  hanya senyap. Melihatkan diamnya itu, Kak long memberi isyarat pada Kak  Ngah  supaya menyoal Ra’ed. Hajah Salbiah perasan tentang isyarat mata si sulong.
Pelik! Ada apa mereka dua beradik ni? Main-main mata pulak.
“Adik, hal yang Kak Ngah cakap minggu lepas tu Adik dah fikir?”Ra’ed yang duduk berhadapan dengan Kak Ngah panggung kepala.
Sambil menggeleng,“Tak fikir pun Kak Ngah. Tak penting nak difikirkan.” Balas dia sebelum  menghirup air di cawan. Dingin saja dia menjawab.
La.. bertuah punya adik! Tak fikir lagi? Tak boleh jadi ni.
“Percaya la cakap Kak Ngah. Kenal dulu dengan dia. Dia lain dari yang lain tau.” Kak Ngah menarik perhatian ahli keluarga yang lain.
Ra’ed mendengus. Kak Ngah ni melampau! Cakap depan semua orang ni kenapa? Kejap lagi ibu pun menyampuk!
“Tak nak la. Tak terfikir nak berkenalan dengan orang, apatah lagi mahu berkawan.” Ha.. yang ni lagi teruk jawapan dia.
“Tak.. yang ni lain. Sekali pandang jatuh sayang! Percaya la cakap kak Ngah.”
“Sama jer. Kalau dah namanya perempuan.”
“Ra’ed..” Seru Haji Raihan perlahan. Ra’ed terdiam bila ditegur perlahan.
“Oh jadinya, Kak Ngah sedang cuba kenalkan Ra’ed dengan seseorang la ye?” Dari tadi Hajah Salbiah hanya menangkap bualan dua beradik itu. Dihadam satu persatu.
“Siapa orangnya?” Belum sempat Raudhah menjawab, si ibu sudah menyoal lagi.
Kan dah cakap! Ra’ed menjeling tajam. Alang di sebelah, menggosok perlahan belakang badannya. Minta bersabar mungkin.
Ceh, Berlakon je si Alang tu. Dia pun sama!
“Nayli Karmila, Bu.”
“Itu bukan kawan awak tu ke? Yang awak ajak abang pergi rumah dia tu.” Kak Ngah menjatuhkan kepala bila suaminya bertanya.
Bibir Kak Ngah tersenyum, “Yup dia la. Yang kita pergi rumah dia tu.” Harap-harap pelakon pembantu ni, boleh membantu. Bisik  Kak Ngah dalam hati.
“Ra’ed, kalau yang tu la kan.. memang sekali pandang jatuh sayang! Abang Ngah pun dah jatuh sayang ni kat dia, kalau Ra’ed tak mahu, Abang Ngah nak suruh Kak Ngah tanya dia untuk abang Ngah.” Masing-masing yang berada di meja makan itu terdiam.
Erkk. Melampau betul dialog pelakon pembantu ni!
“Ewah.. kita adjust untuk adik kita, dia pulak nak menggatal! Jangan nak perasan, sila adjust peruntukkan untuk saya dan anak-anak dulu sebelum nak suruh saya sain borang! Itupun belum tentu saya akan sain!” Masam terus muka kak Ngah.
Itu la abang Ngah, bergurau tak agak-agak! Ha.. rasakan.
“Becarefull with your wife.”Ra’ed menepuk perlahan bahu abang ipar keduanya itu sebelum membawa pinggang bekas nasi gorengnya itu berlalu ke dapur.
Tengok, rosak plan orang!
“Abang gurau jer la. Sumpah ayah, saya tak terniat pun untuk pasang lain.” Haji Raihan hanya diam. Dia tahu menantu nan sorang ni berani bergurau tentang ini.
Tau menggelabah! Padan muka!
“Abang Ngah kalau berani, memang saya respect abang Ngah. Sebab sanggup hilang kak Ngah dan anak-anak untuk kahwin lain.”Sampuk Ra’ed yang sedang berjalan keluar dari dapur.”Apa yang diucapkan oleh Ra’ed itu menarik perhatian abang-abang iparnya.
“Mana Ra’ed tau pra syarat perkahwinan kami?” Tanya Abang Long dan suami Alang serentak.
Ra’ed cuma tersengih..
Melihatkan Ra’ed yang tersengih sinis itu, dia seperti terfikir sesuatu “Jangan cakap kau yang sediakan pra syarat perkahwinan kami tu ya Ra’ed?” Soal abang Ngah.
“Why not? Any problem? They are my sisters, tanggungjawab saya jaga mereka. Pastikan mereka tidak disia-siakan di kemudian hari.”
Nah, apalagi mahu ditanya? Bertuah betul! Mengenangkan pra syarat perkahwinan yang mereka tandatangani membuatkan hatinya sebal. Kerja budak ni rupanya! Sabar je la wahai abang-abang ipar.Tak salah pun adik  ipar mereka buat begitu. Hubungan mereka adik beradik memang rapat, lelaki tunggal itu memang disayangi kakak-kakaknya bagaikan menatang minyak yang penuh. Lebih-lebih Kak Long. Cuma kak Long tu jenis sayang tak tunjuk!
Sementara itu, Hajah Salbiah yang dari tadi hanya menyimpan suara mula melontarkan pertanyaan pada kak Ngah. Membuatkan seisi keluarga terdiam. Sepotong nama tadi lebih menarik perhatian hati tuanya.
“Siapa Nayli Karmila tu kak Ngah?”
“Kawan kak Ngah , muda dari Ra’ed 3 tahun. Manis orangnya.”
Dah mula la tu nak melobi kawan dia! Ibu, jangan terpedaya dengan kak Ngah! Dia memang excelent bab mempromosi ni.
“Ngah, dia tak ada sesiapa ke?” Ra’ed mengerutkan kening mendengar pertanyaan kak long.
Kak Long pun nak join juga dengan mereka ni? Tak boleh jadi ni.
“Tak ada, Bu. Masa dia banyak dihabiskan dengan penghuni Istana Kasih dia.”
“Istana Kasih?” Soal Alang.
“Yup.. memang respect dengan dia. Usaha dia tu bukan sebarang orang mampu buat.” Terang kak Ngah lagi.
“Apa dia kak Ngah.” Hajah Salbiah bertanya.
“Ish.. ada la. Nanti kak Ngah bawa semua orang pergi sana. Dia memang ada jer kat situ. Dia tinggal sekali kat sana. Ofisnya sebelah Istana Kasih tu. Setiap isnin, dia akan ke Firma NK untuk attend meeting.”
Huh.. anak orang kaya! Tak ada ke orang yang biasa-biasa nak kenalkan dengan orang! Sungut Ra’ed dalam hati.
“Anak orang kaya? Jangan macam Marissa Datuk Ghazali tu sudah ler.” Kak Long menyindir Ra’ed. Matanya dikerlingkan pada kak Ngah.
“Tak la.. dia seribu lebih baik dari bekas adik ipar kak Long tu.”
“Eh, apa pulak kak Long? Kak Long memang dari dulu tak suka dia tau! Korang yang suka si sombong tu. Kak Long ni sebelah mata pun tak boleh nak  tengok dia.”
Kak Long memang lagi dulu tak suka pada bekas isteri Ra’ed tu. Tapi disebabkan Ra’ed suka,dia terpaksa belajar menerima Marissa Datuk Ghazali walaupun hatinya tidak rela. Makin sakit hatinya bila dapat tahu perkara yang dilakukan oleh bekas adik iparnya itu.
Dia betul-betul terkesan dengan perkara itu. Kerana janda adiknya itu, Ra’ed berubah laku! Lebih banyak diam dari peramah. Dingin, dan menggerunkan bila dia mula marah.

Ra’ed terus bangkit dari duduk, berjalan menuju ke ruang depan. Makin lama duduk bersama mereka, makin hatinya sakit. Sakit bila luka semalam ditoreh lagi. Semua mata memaku tanpa suara bila si bongsu berlalu pergi.
Post a Comment