Thursday, October 19, 2017

Cik Leftenan, Saya Sayang Awak!

Bab 2





Sudah seminggu Najman mengintai Orked dari tepi tingkap. Namun hari ini dia sengaja menegur jiran sebelah rumahnya sambil membasahkan bumbung keretanya.

“Penat?” Air yang masih lagi keluar dari muncung getah paip itu dibiarkan saja.
Orked hanya melempar senyum.

“Dear dengar tak kita panggil awak ni.”

Dear lagi?

Dear ke deer?

“Nama saya Orked. Bukan dear or deer!” Intonasi Orked sudah agak berubah rentak.
Haihhh kita penat-penat, dia nak menyoal macam-macam pulak! Geram betullah.

“Ya, Puan Orked. Saya tau nama Puan Orked Nazneen.”

Eeh cikgu PJ ni!

Kelopak mata Orked serta merta menjadi besar. Merenung tajam lelaki yang sedang berdiri di pagar sebelah.

Najman buat-buat tak faham. “Marah? Janganlah marah puan. Panggilan puan tu kan untuk pangkat Leftenan tu.” Tutur kata itu lembut menyapa telinganya. Seakan cuba meredakan gadis itu.

Orked ketap bibir. Geram!

Ada kena hempuk juga dia ni.

Jangan Orked.. Karang tak pasal-pasal satu Malaysia tahu.

Tentera Laut Wanita mengasari Cikgu Pendidikan Jasmani

Apa kau nak jawab nanti?

Sempat akal Orked saling bertikam lidah. Meminta Orked berfikir dengan waras apabila berhadapan dengan jirannya itu.
Bibir dipaksa menarik otot pipi, terbentuk satu lengkungan di situ.

“Tak marah cikgu.. dan tak salah pun cikgu panggil saya puan. Saya masuk ke dalam dulu ya.” Cepat-cepat Orked mengatur langkah. Malas mahu melayan kerenah Najman yang mula menjengkelkan hatinya.

Aduhai.. cepat sangat dia masuk! Tak sempat aku nak beramah mesra lagi dengan dia.

Tak apa, esok masih ada lagi Najman..

Dan bibir Najman senget sedikit.

Tersenyum!





“Dear, kereta kenapa?” Tiba-tiba suara Najman menyapa. Jasmine yang sedang membongkok itu terus tegak tubuhnya.

Haiiihhh.. Kalaulah kita tau, tak adalah  kita terbelek-belek bonet enjin ni tadi.

“Entah. Tak boleh hidup.” Jawab Orked senada.

Najman yang tanpa disuruh datang menghampiri, melepasi pagar yang sudah tersedia terbuka itu.

“Bateri last tukar bila?” Soal lelaki itu.

Mak aihhhh! Berapa gelen minyak wangi dia sembur ni? Wangi yang amat! Pening kita ni cikgu! Kejap.. Dia tanya bateri kereta bila last tukar. Bila eh kita kali terakhir tukar?

“Err.. Tak ingat!”

“La... Takkan tak ingat?” Najman seakan tidak percaya bila Orked menjawab begitu.

“Betul. Saya baru balik dari kampung ambil kereta ni. Saya baru turun kapal sebenarnya.” Orked memandang lelaki yang memakai tag nama Najman itu. Mukanya sudah mula berbahang.

Malu!

Agaknya betullah kata orang lelaki, orang perempuan ni hanya tahu memandu dan isi minyak saja. Hal-hal lain tentang keretanya, langsung tak ambil peduli.

Orked mula meneka, “Bateri ke yang ada masalah?”

Najman mengangguk.

“Bateri kong ni. Pagi-pagi ni mana ada kedai buka lagi.”

Adeh. Masalah! Gumam Orked.

Pantas saja tangannya mengeluarkan telefon. Jari telunjuk itu lincah menyentuh skrin telefon.

“Assalammualaikum. Effa, saya ada masalah. Kereta saya tak boleh start. Hurmm..siapa ada dekat ofis?” Najman hanya memerhati Orked yang kemas berbaju seragam berwarna biru muda. Bertudung biru gelap sama warna dengan seluar yang dipakainya.

“Hello, Assalammualaikum cif. Boleh tak ambil saya? Bawa barang-barang yang nak bawa ke Lumut sekali.”

Najman masih memasang telinga. Agaknya pendengar di sebelah sana sudah bertukar orang. Lumut? Oh.. Dia nak pergi pengkalan besar tu. Fikir Najman dalam diam.

“Ya.. Kita masuk highway terus. Kalau tunggu kedai buka, tengah malam la kita sampai Lumut. Tak boleh tunggu ni.”

Seketika kemudian, tiada lagi perbualan yang Najman dapat dengar Orked dan anggotanya itu.

Terus saja gadis itu membuka pintu keretanya. Mengambil semula beg pakaian yang sederhana besar itu.

“Terima kasih ya? Anggota saya akan datang ambil saya kejap lagi. Nanti balik dari sanalah saya settle kan bateri kereta ni.”

“Nak pergi Lumut?”

Kepala Orked jatuh menjawab pertanyaan.

“Dear, tinggal jer kunci kereta awak tu kat saya. Saya gantikan baterinya.”

“Tak menyusahkan ke?” Soal Orked sambil menghulurkan kunci keretnya tanpa berfikir panjang.

“Tak la.” Hati Orked sedikit lega mendengar Najman berkata begitu.

“Err.. Nak kirim sotong kering kat Lumut boleh tak?”

Ceh!

Nak tolong ada makna rupanya.

Saat itu sebuah pancuan empat roda milik Tentera Laut Diraja Malaysia berhenti di hadapan pagar Orked. Serentak mereka berdua berkalih. Orked pantas mencapai beg dan barang lain.

“Dear..” Seru Najman.

“Apa? Nanti saya belikan la. Saya nak cepat ni!”

“Nombor telefonnya mana?”

Orked yang sudah mula mengatur langkah segak. Di kakinya dihiasi kasut hitam berkilat. Terus memaku langkah.
Haih...tentera. Mestilah berkilat kasutnya.

“Bak telefon tu!”

Senyuman Najman tersimpul. Dagunya yang terbelah jelas kelihatan. Telefon bimbit yang dipegang dihulurkan kepada Orked.

Lincah jari runcing itu menekan skrin telefon Najman.

“Dah. Saya dah miss called nombor saya. Nanti teks nombor akaun. Saya transfer duit untuk bateri tu.” Telefon Najman bertukar tangan.

Yes! Dapat juga nombor telefon dia! Sorak hati Najman dengan girang.



“Wah, puan.. baru seminggu pindah dah ada teman tapi mesra ke?” Tegur Effa bila pintu pacuan empat roda itu terbuka.

“Huh. Itu langau, bukannya teman tapi mesra.” Terlerai ketawa mereka termasuklah Leftenan Komander Faizul yang sedang duduk di bahagian hadapan.

“Punyalah jambu muka jiran tu, puan panggil dia langau?” Sampuk Leading Zul dengan tawa yang masih tersisa.

“Jangan selalu marah-marah dengan langau tu XO. Takut-takut langau tulah yang bertukar menjadi rama-rama pada awak  nanti.” Orked hanya mendiamkan diri apabila Leftenan Komander Faizul turut menyumbangkan suara.

Aik, CO pun sama naik jugak nak perli aku? Hati.. bertabahlah! Ni semua cikgu tu punya pasal. Desis Orked sedikit sebal.

Sudahnya setiap penumpang di dalam kenderaan itu hanya melayan perasaan sendiri, apabila Orked tidak membalas usikan mereka.


































Post a Comment