Friday, June 3, 2016

Cinta Terindah Dari Langit



Teaser 9


"Nia.."
"Ya." Seraut wajah milik Ariff aku tatap. Dia seakan menyimpan sebuah kegusaran. Itu yang aku dapat baca di mukanya.
"Sabar itu sepohon pokok, yang berbuahkan sebuah kemanisan. Tapi untuk kita menanti musim buahnya, adalah sangat lama. Malah ada yang terlalu lama. Saya harap sangat, awak takkan tebang pokok itu."
Aku menutup mata sesaat. Ariff, dia terlalu takut dengan jarak ini. Ariff gentar andai aku tak mampu menanti dia.
"Ariff, jodoh, ajal dan maut itu bukan kita yang tentukan. Setahun ada 12 bulan, bersamaan dengan 365 hari. Apalah sangat jarak setahun itu, berbanding belasan tahun yang kita terputus hubungan."
Ariff senyum, "Beza Cik Nia oii, belasan tahun dulu saya sangka cuma saya yang bertepuk sebelah tangan. Mana tahu, awak pun simpan perasaan untuk saya."
"Ceh. Sapa suruh awak tak tanya. Kalau tak, dah lama kahwin." Aku mencebik ke arah dia.
Nasib baiklah kawan-kawan kepochi tu add aku ke WhatAsapp group mereka. Kalau tak, memang tak ketemulah kita, Kapten Ariff!
"Saya ubah fikiranlah. Kita nikah sebelum saya pergi boleh?" Sengih Ariff makin melebar. Keningnya sengaja digerakkan ke atas.
"Tak payah! Saya sanggup tunggu awak balik dari sana. Nanti hantar awak kat air port dengan inai merah di jari, buat saya sesak nafas nanti!"

Post a Comment