Friday, June 3, 2016

Cinta Terindah Dari Langit



Teaser 5


Sofea ketawa apabila aku mengagahnya. Tapak kaki comel itu aku cuit perlahan. Mengekek dia ketawa lagi. Kakinya pantas dilarikan daripadaku.
Hajar cuma tersenyum memandang keletah Sofea. Senyuman yang hambar, tiada kemanisan langsung!
Sejak sampai tadi, aku tidak bertanya langsung tentang kedua beranak ini. Aku hanya mengambil pendekatan mengunci mulut dari bertanya. Pastilah, Hajar ada masalah; kalau tidak masakan dia datang sejauh ini bersama Sofea!
Apalah budak sebesar ini yang dia tahu? Mama dia angkut naik bas pun bukannya dia faham dengan keadaan sekeliling.
"Dia curang."
Perlahan saja suara Hajar. Tapi masih sempat menyinggah di pendengaranku.
Curang?
Suami Hajar curang atau dia sedang memberitahuku Ariff berlaku curang denganku?
Hati aku tiba-tiba hilang rentak. Tangan yang baru menyentuh tangan Sofea menjadi kaku seketika.
"Si..siapa?"

Post a Comment