Sunday, June 19, 2016

Seperti Adanya Kamu

Bab 3
Hati dia secantik kristal





Keris Bina, syarikat yang selalu bekerjasama dengan Firma NK dari zaman Tuan Najmuddin lagi. Sekarang Kamil yang mengambil alih segala urusan syarikat. Berjumpa dengan tuan punya Firma NK!Sepotong nama yang cuba dielakkan. Mata lelakinya melihat gadis yang sedang melangkah mendapatkan dia dan Fikri. Makin cantik dan manis! Hanya berkemeja merah hati, dipadankan dengan seluar hitam besar seakan skirt. Di bawah kolar bajunya ada skaf berwarna kuning yang disisip di situ. Skaf itu diikat di bahagian atas dadanya. Penambah seri!
Nayli hanya sekadar menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda menghormati kedua lelaki di depannya. Dia cuba berlagak tenang dan bersikap profesional. Namun hatinya berdebar hebat melihat pandangan mata Kamil . Perbincangan selama satu jam itu amat menyesakkan dada Nayli. Dia tahu fokus Kamil bukan pada perbincangan tersebut. Dari ekor matanya, Nayli dapat lihat Kamil merenung tajam ke arah dia. Cuma Fikri saja yang menumpukan sepenuh perhatian sambil mencatat dan melakar.
So cik Nayli, kita akan mulakan mengikut tarikh yang kita dah bincangkan tadi.” Nayli cuma mengangguk mendengar suara Fikri.
Rasanya tiada apa lagi yang tertinggal.Semua sudah jelas, saya akan mulakan seperti yang pihak Keris Bina mahukan.”Kerlingan matanya menangkap anak mata Kamil. Lelaki itu masih merenungnya. Tadi ketika perbincangan berlangsung, Nayli cuma mendengar sesekali suara Kamil menyampuk. Hanya sesekali yer? Selebihnya suara Fikri!
Kalau macam tu, kami minta diri dulu.” Fikri menolak kerusi ke belakang. Bersedia untuk pulang semula ke Keris Bina.
Tunggu saya dekat luar. Ada perkara yang saya mahu bincangkan dengan Cik Nayli.” Suara Kamil memberi arahan pada Fikri. Pembantu Kamil kelihatan termanggu. Namun dia hanya patuh dan meninggalkan Kamil.
Nayli menelan liur. Sekarang cuma tinggal mereka berdua. Perkara apa yang ingin dibincangkan lagi? Hati makin berdetak tak menentu.
Kisah dua tahun lepas ke maksud Kamil ni?
So, you dah take over firma ni la yer Nayli?”Kamil memeluk tubuh.
La.. dah tentu dia berbincang dengan kita tadi, takkan tak faham kot? Monolog Nayli.
Nayli senyum segaris.
I see..I ingat I deal dengan bapa mertua tak jadi I tu.”Sinis saja ayat keluar dari bibir lelaki itu.
Sabar Nayli.. biarkan saja dia nak cakap apa.
Saya pun ingat uncle Farouk yang datang. Tak tahu pulak awak yang datang.”Nayli cuba pusing cerita. Padahal jantung dah rasa seperti mahu melompat keluar. Hati dah rasa macam nak tertanggal dari tangkainya.
Melihat senyuman manis Nayli, hati Kamil menjadi lebih sakit. Kelelakiannya tercabar! Perkara dua tahun lepas tak pernah hilang dari ingatan dia!
Makin sibuk la you sekarang? Bila masa you dengan suami you?”Kamil menjungkit kening.
Erkk! Dia tahu atau pura-pura tak tahu ni? Atau dia sengaja cari pasal?
Come on Nayli, ikut rentak dia dulu. Agak-agak tak boleh tahan,diamkan terus mulut dia!
Saya belum bersuami la! Belum ada jodoh lagi”Nayli senyum lebih lebar dari tadi.
Dia senyum jer? Takkan tak sentap kot? Hish.. tak boleh jadi!
Bukan jodoh tu tak pernah ada tapi awak yang menolak!” Kata-katanya masih sinis. Fahamlah Nayli kini Kamil sedang cuba melempiaskan amarah yang terpendam dua tahun lepas.
Awak tolak saya. Awak tolak pinangan yang daddy saya hantar! Hanya kerana anak-anak angkat awak tu!” Nada suaranya sudah bertukar keras. Namun belum ditahap menengking lagi. Nayli hanya menundukkan kepala. Benar dia tolak pinangan keluarga Kamil. Benar juga dia menolak kerana anak-anak angkatnya.
Nayli membiarkan Kamil bersuara. Dia tahu sudah lama Kamil bengang dengan dia. Matanya menekur ke meja. Menanti apa lagi yang harus dia dengar. Kalau boleh memang tak nak tengok muka Kamil sekarang.
You ni memang pelik la!”Nayli panggung kepala.
Dah kenapa tiba-tiba kata kita ni pelik? Tadi kata kita ni tolak jodoh. Err tapi yang tu memang betul. Kita tak sudi bersuamikan dia!
Maksud awak?”
Orang nak kahwin dengan dia, dia tolak! Tapi kemaruk sangat nak anak sampai dah tak kira budak tu ada HIV ke tak?”
You tak rasa jijik ke?” Sinis. Sungguh sinis pertanyaan Kamil.
Nayli merenung tepat ke mata hitam Kamil.Menagih hati supaya bersabar lagi dengan beristigfar.Kamil tengah marah, jangan dilayan!
Agaknya you ni memang ada HIV jugak kot? Sebab tu you tak geli bergaul dengan mereka!”
Berdesing telinga bila mendengar bait kata lelaki itu.
Okey..
Dah melampau ni! Ada ke patut tuduh kita macam tu? Dia ingat dia baik sangat?
Maafkan saya Kamil.Saya rasa, dah cukup awak hina anak-anak saya!”Nayli berkata tegas.
Lelaki itu mendengus.
Anak-anak saya tu lebih suci dari awak! Saya tak jijik langsung dengan mereka, tapi saya jijik dengan awak!” Kalau boleh Nayli tak mahu berkata soal lampau lelaki itu. Pada dia biar saja Kamil tak tahu sebab apa dia menolak pinangan dulu. Tapi hati Nayli sudah tak mampu untuk bersabar. Pantang sungguh bila ada yang bermulut gatal mengata anak-anaknya.
Betul awak nak tahu kenapa saya tolak pinangan uncle Farouk dulu?”Nayli seolah mencabar Kamil.
Of course! Awak ada banyak masa untuk bagitau I sekarang.”Suara lelaki itu seperti tidak sabar. Sudah lama dia merenung diri, di mana celanya dia? Hingga dia ditolak mentah-mentah oleh Nayli.
Jangan menyesal yer Kamil!
Saya tolak awak dulu kerana awak terlalu bebas. Jangan ingat saya kat JB, saya tak tau kisah awak kat UK.” Sekilas dia menoleh pada lelaki itu. Halkum milik lelaki itu bergerak-gerak. Menelan liur!
Teman wanita silih berganti. Tak seorang pun yang tidak menemani tidur awak! Semuanya terkulai dalam pelukan awak kan?”
Macam mana...”
Tak perlu awak tahu, dari mana saya tahu semua tu. Setakat UK, bukan tak ada flight untuk ke sana kan?” Soal Nayli sinis.
Jeda. Soalan tak terjawab!
Awak rasa, wajar ke saya terima awak dengan perangai awak macam tu? Saya mahu suami yang mampu bimbing saya. Lagipun.. awak cuma kaya harta. Tapi awak miskin kasih sayang! Awak tak suka dengan anak-anak saya. Macam mana awak nak tinggal serumah dengan saya? Sedangkan anak-anak saya akan tetap bersama dengan saya.” Wajah Kamil sudah bertukar warna. Merah! Tapi sebab apa? Malu? Marah? Atau bengang?
Saya takkan terima lelaki yang tak mahu menerima saya bersama anak-anak saya. Sungguhpun mereka cuma sekadar anak angkat, tapi saya sayang mereka seperti darah daging saya. Saya harap awak puas hati dengan penjelasan saya.”Nayli mula mengemas gulungan kertas di hadapannya.Tapi perbuatannya tiba-tiba terhenti.
Oh ya. Bila kali terakhir awak buat medical check up?Blood test contohnya.”
Pardon?”
For your information Mr. Kamil, salah satu cara HIV tu berjangkit adalah dengan hubungan seks rambang. Saya rasa mesti awak tak guna apa-apa protection kan? Kondom misalnya..” Nayli senyum nakal. Jari telunjuknya mengetuk-ngetuk pinggir dagu sendiri.
You..” Belum sempat Kamil habis bersuara, Nayli sudah mencantas.
Haippp, Saya tak habis cakap lagi. Better awak pergi buat blood test.Girlfriends awak bukan saja student Malaysia kan? Entah sapa-sapa, entah asal mana. Janji mereka boleh tidur dengan awak! Awak yang tak selamat sekarang ni Kamil. Bukan saya! Walaupun anak-anak angkat saya HIV, bukan bermaksud saya juga ada HIV. Saya tak pernah buat kerja terkutuk macam awak! Saya bebas HIV. Apa saya buat adalah lahir dari hati saya.”Suara lembut Nayli menjadi tegas. Sudah berubah ton suaranya.
Puas hati kita! Awak jangan ingat kita diam, awak boleh sesuka hati nak kutuk anak-anak kita tau! Mereka lebih suci dari awak!
Nayli meninggalkan Kamil selepas memberi salam. Lelaki itu menggenggam ke lima-lima jarinya. Sedikit menggigil. Kegeraman barangkali.
Jaga kau Nayli!”


Setelah anak-anak bersalam dengannya, dia masih lagi berteleku di atas tikar sejadah. Jari bermain dengan butir-butir manik yang terikat. Menolak ke depan sambil hati berlagu zikir. Malam ini Pak Yusuf yang melihat Nayli agak pelik sikit. Selalunya dia bukan macam ni. Dia akan sama-sama beransur keluar dari ruang solat ini.
Ada masalah ke?
Nayli kenapa? Ada yang tak kena ke?” Soal Pak Yusuf .
Nayli panggung kepala. Permainan dijarinya terhenti. Nyanyian zikir munajat juga terhenti.
Tengah fikir baba.” Jawab Nayli. Mak Ani yang sedari tadi memerhati, memberi sepenuh perhatian. Menanti sambungan ayat Nayli.
Kenapa?”
Anak-anak saya dah seminggu tak mengaji. Sejak ustaz mereka pergi.” Pasangan suami isteri itu mengangguk kepala.
Ya, sudah seminggu Ain adik beradik tak mengaji. Sejak ustaz yang selalu datang tu, sambung pengajian. Itu yang Nayli risaukan. Bukan senang nak cari guru mengaji yang boleh datang ke Istana Kasih. Sudah banyak kali dia kecewa. Anak-anaknya kerap bertukar guru. Bukan dia cerewet, tapi mereka yang tak mahu meneruskan.Nayli selalu jujur, dia tak pernah menyembunyikan status anak-anaknya. Ustaz Hadi saja yang paling lama.
Allah.. kenapa mereka masih tak faham? Mengapa persepsi masyarakat masih sama?
Tak apa la Nayli. Jangan risau. Baba boleh tolong tengok-tengokkan budak-budak tu.”
Betul ke ni? Tak menyusahkan baba ke?” Tanya Nayli, tapi mata berseri!
Pandai tu tidak la... tapi setakat dengarkan dan betulkan sebutan budak-budak tu Inshaa-Allah. Jangan biarkan mereka tak mengaji langsung Nayli. Sementara dapat orang yang boleh mengajar betul-betul suruh budak-budak menderas. Kalau tak nanti banyak yang lupa.”
Nayli senyum seraya menganggukkan kepala.
Pak Yusuf kata tak pandai? Dulu bukan Nayli mengaji dengan Pak Yusuf ke? Suaranya sedap bila mengalunkan kalam Allah itu.
Ya.. Nayli tak pernah lupa pesan baba . Walau sudah khatam, jangan tak menderas langsung. Satu hari satu muka surat pun tak pe. Kalau tak nanti, lidah keras untuk menyebut bacaan dalam al quran. Hati jadi buta, buta huruf dengan tulisan Allah.”
Mak Ani memaut bahu Nayli. Pak Yusuf senyum lebar. Nayli Karmila binti Najmuddin, anak majikan yang membesar depan mata mereka sedari kecil. Sehingga panggilan baba dan mak itu sudah sebati dengan diri Nayli. Sangat istimewa! Hatinya bersih. Tuan Najmuddin yang mengarahkan mereka suami isteri supaya mengikut Nayli tinggal di Istana Kasih. Istana yang dibina untuk anak tunggalnya. Istana yang disediakan atas permintaan si anak bila hatinya sudah jatuh sayang kepada Ain. Kehadiran Ain, mematangkan Nayli. Pewaris firma NK bukan saja kaya dari segi harta, hati dia terlalu mahal harganya! Kasih sayang yang dia miliki terlalu jarang untuk ditemui.




Post a Comment