Saturday, October 17, 2020

Prolog - My Lovely Nani


"Kalau abang rindu?"

"Tak payahlah basuh baju tidur Nani tu." Seloroh bersahaja itu dibiarkan tidak bersambut oleh Qayyyum.

Rindu... bagaimana mahu hidup berjauhan tanpa rasa rindu itu?

Melihatkan sang suami hanya membisu, riak wajahnya juga terpalit garis-garis lesu, hujung jari Nani berlabuh di pucuk hidung lelaki itu.

"Stay strong, abang. Nani pergi untuk masa depan kita. Demi kebaikan kita di kemudian hari." Gemersik suara Nani seakan memujuk lelaki di hadapannya.

Perbincangan demi perbincangan. Kata setuju sudah terbit berbulan lama. Tetapi mengapa hari ini Qayyum bagai orang terpaksa saja?

"Ya, abang tahu. Tapi hati abang takut... takut kalau Nani jatuh cinta dengan pak Arab sana."

Bulat mata Hanani memandang Qayyum. Kepalanya tergeleng sedikit. Lantas bibir nipis itu tersenyum.

"InsyaAllah, Nani akan selalu ingat. Nani ni isteri orang. Nani bimbang abang tu.. kut la terlupakan isteri nun di perantauan."

"Hishhhh, ada pulak! Abang terhutang budi dengan isteri abang.  Mana boleh abang lupakan pengorbanan Nani."

Jari jemari mereka bersulam sesama sendiri. Sebelum Qayyum membawanya ke bibir. Kucupan hangat berlabuh di tangan Hanani. Sesaat kemudian, batang tubuh si isteri sudah tenggelam dalam pelukan lelaki itu.

"Abang akan rindukan isteri abang ni. Abang akan rindukan setiap masakan Nani. Segala-galanya tentang Nani... akan abang kenangkan setiap hari.."



No comments: