Friday, June 26, 2015

Bab 2

Bab 2

"Mama, mama tak berlaku adil pada Mimi! Sampai hati mama!" Puas sudah aku merayu. Kering air liur aku bercakap. Namun mama tetap dengan keputusan mama. Baba juga begitu.

"Mama reject pilihan Mimi tanpa melihat dia! Di mana cacat celanya dia?! Apa kekurangannya dia?"

"I said enough Mimi!"

"Mama tak adil!"

Sakitnya hati ni Ya Allah! Kejam sungguh aku rasakan tindakan mereka. Tadi selepas tetamu khas mereka pulang aku beranikan diri menyampaikan hajat Rizz. Tapi berkesudahan dengan perang mulut antara aku dan mama! Mama menolak Rizz tanpa melihat dia. Kata putus yang keluar dari mulut mama. Lupakan lelaki itu!

Kak Nada dan abang Sani tak berani bersuara. Baba cuba memujuk aku, dengan mengatakan Affiq itu lelaki baik. Apa, Rizz tidak baik ke? Aku yang berkawan dengan Rizz, aku tahu hati budi dia! Kalau la dia jahat, sudah pasti aku kalah dengan pujuk rayu dia! Sudah pasti aku dengan dia bebas melakukan apa saja. Mama dengan baba bukan tahu pun!
Tapi dia tak pernah nak ambil kesempatan! Dia tak pernah merayu aku untuk mengadaikan maruah aku bagi membuktikan cinta kami. Itu sudah cukup menunjukkan dia lelaki yang layak untuk dijadikan suami.

"Hujung bulan balik. Keluarga Affiq dari Terengganu nak datang merisik." Arahan mama aku pandang sepi. Kepala aku sudah mula berfikiran jahat!

"Dengar sini Mimi, mama nak pesan. Mama tak kisah kalau Mimi kata mama kejam. Apa yang mama dan baba buat adalah untuk kebaikan Mimi. Demi kebahagian Mimi. Kami tahu Affiq akan bahagiakan Mimi. Tapi kalau Mimi degil, tak mahu dengar cakap kami. Mimi boleh keluar dari rumah ni! Anggap saja kami sudah mati!"

"Mama!!!"

Kak Nada juga terkejut bila mama berkata begitu. Ya, antara aku dan kak Nada aku lebih berani melawan cakap mama. Aku lebih tangkas bersuara andai aku tak setuju.

Riak wajah mama masih serius, "Dan.. Harus diingat, cinta tanpa restu keluarga takkan ke mana! Kamu rasa kamu bahagia, tapi sebenarnya bahagia tu takkan kamu kecapi doa mama dan baba!"mama terus berlalu meninggalkan aku.

Air mata aku yang sudah menitis makin lebat. Jiwa yang memberontak makin mengendur. Hidup di dunia ni adalah tujuannya mengejar syurga. Syurga anak adalah dari ibunya. Tapi kalau mama sudah tidak mahu permudahkan aku untuk ke situ, apa lagi yang boleh dibuat?


Mama, sampai hati mama meletakkan pilihan yang tak mampu Mimi pilih!




"Rizz..."

"Dear, are you crying?" Esok tangis aku makin menjadi. Suara Rizz kedengaran risau.

"Rizz.."aku menyeru lagi.

"Hey, kenapa ni! Sakit ke?"

"Esok jumpa saya. Nanti dah sampai Nilai saya call." Aku terus meletakkan telefon. Aku tak dengar apa yang Rizz cakapkan. Aku tak mampu untuk bercakap dengan lama. Apa yang aku inginkan sekarang, adalah menangis! Aku mahu menangis dengan puas!

Tok..tok..

Aku matikan diri. Sikit aku tak bangun menjenguk siapa yang mengetuk pintu bilikku. Sengaja aku bergelap dalam bilik. Bantal aku peluk erat. Sarung bantal aku sudah bertompak besar dengan bekas air mataku.

Arghh.. Sakitnya Ya Allah!

"Mimi, buka la pintu dik."

Kak Nada! Lantak la dia. Penat dia ketuk, dia tinggalkan nanti.

Betul. Tak lama lepas tu tiada lagi bunyi ketukan pintu. Malah suaranya merayu meminta aku buka kan pintu juga tiada kedengaran lagi.

Malam merangkak pergi bersama tangisanku yang meratapi cinta terhalang. Jiwa aku menangis dengan keputusan mama. Andai aku menolak, aku bukan lagi anak mereka dalam erti kata lain  yang sebenarnya.




Tika aku sampai di tempat yang kami selalu berjumpa, Rizz sudah sedia menungguku. Dia tercengang melihat mataku yang bengkak. Apabila memandang dia, tanpa dapat dikawal air mataku menitis lagi. Dia kaget.

"Dear, kenapa ni? Saya buat salah ke?" Soalnya kalut.

"Rizzzzzz..."tangisanku menyukarkan aku untuk bercerita. Sungguh aku tak dapat menahan perasaan kesedihan ini.

"Syyyyh. Jangan menangis. Cuba cakap dengan saya kenapa ni? Apa yang jadi?"

"Mama."hanya terhenti di situ.

"Kenapa dengan mama awak dear?

"Mama beri kata putus. Ka.. Kalau sa.. saya tak terima pilihan mereka, saya akan hilang mereka!" Dalam esak tangis, aku cuba bercerita. Dengan pandangan mata yang berbalam del air mata, aku nampak air muka Rizz berubah!

Ternyata dia terkejut! Dan dia diam seribu bahasa. Aku tahu dia kecewa! Begitu juga aku rasa sekarang ni! Keputusan mama melukakan dual hati. Hati aku dan hati Rizz!

"Rizz, saya tak nak!"ujarku setelah antara kami cuba desir angin dan esak tangisku.

Aku lihat dia menarik nafas panjang."Dear, kalau sudah terbentang di mata ini pilihan yang kita ada... Saya redha!" Aku terkejut mendengar kata-kata dia.

"Rizz!!!!"

"Mudahnya awak ambil keputusan!" Aku seakan melepaskan marah yang terpendam. marsh dengan mama yang pastinya.

"Dear, jangan kerana saya.. Awak jadi anak derhaka. Tak berkat hidup nanti! Siapa kata saya tak kecewa? Saya dah mula rasa kecewa itu bila mama awak endah tak endah untuk saya jumpa dia. Saya dapat rasakan dia takkan suka saya walaupun dia tak pernah melihat saya dengan matanya sendiri!"

Aku malu.. Malu dengan sikap mama terhadap Rizz. Makin sedih hati aku bila Rizz bercerita dengan sayu.

"Dear, saya sayang awak. Hari-hari saya doa pada Allah, biar cinta kita bersatu. Tapi hari ni, sudah jelas, cinta kita tak direstu. Mungkin, bukan saya jodoh awak. Awak juga bukan jodoh buat saya. Kita hanya dipertemukan oleh Allah. Dan dipinjamkan rasa sayang menyayangi itu untuk sementara. Tapi bukan untuk ke syurga!"

Mama, ini ke Rizz Amjad yang mama kata bukan lelaki baik untuk Mimi? Allah..

"Saya rela lepaskan awak andai mereka sudah menetapkan bahagia untuk awak."

"Macam mana saya nak bahagia dengan dia? Sebab saya rasa bahagia cuma dengan awak!" aku seperti tak dapat terima keputusan dia. Dia dengan mudah melepaskan aku untuk pilihan keluargaku.

"Sebab apa awak bahagia dengan saya?" Rizz merenung aku. Aku nampak mata dia berkaca.

"Sebab.. Bahagia itu kita yang cari! Kita yang cuba mencari bahagia itu. Maka, awak perlu lakukan semula sepertimana kita lakukan dulu."

Rizz cuba tersenyum. Mengingati detik-detik kami bersama barangkali.

"Bezanya, awak perlu bersama dia bukan saya. In ShaaAllah, saya rela dan redhakan. Supaya awak tak rasa bersalah dan saya tidak berdosa dengan menjadikan awak anak derhaka."senyuman hambarnya mati terus.

"Saya tak mampu!"

"In shaa Allah.. Kalau keluarga awak restu. Allah akan permudahkan nanti. Sabar. Percaya pada qada dan qadar. Setiap jodoh sudah tertulis di Loh Mahfuz. Hari ni kita tahu, nama kita bukan tertulis untuk satu sama lain." Dia tetap tenang menasihati aku. Walaupun aku tahu dia seperti aku!

Aku dapat rasakan ini pertemuan kami yang terakhir. Kalau ada pun untuk lain kali, hanyalah pertemuan atas urusan kerja. Allahuakhabr... Macam nanti? Mampukah aku? Aku menutup mata membayangkan hari-hari yang bakal aku lalui. Sungguh aku tak mampu!




Hujung bulan, bermakna ada tempoh seminggu lagi. Teringat pesanan mama.. Ah itu bukan pesanan, tapi itu arahan sebenarnya! Aku sengaja sibukkan diri. Aku offer kawan-kawan yang nak cuti. Aku gantikan tempat mereka. Aku kerja dua syif! Aku memang sengaja, aku tak nak serabutkan kepala aku. Aku tak mahu fikir banyak. Yang aku tahu, pesakit- pesakit yang di bawah jagaanku. Aku habiskan masa bersama mereka.
Sedang aku sibuk mengambil bacaan vital sign pesakitku, telefon aku berbunyi. Aku buat tak tahu. Aku tahu mama yang telefonku. Sekali berbunyi, aku diam. Yang kedua berbunyi pun aku diam. Kali ketiga aku terpaksa angkat.

"Hello Mimi. Kat mana?"

"Kerja." Senada aku menjawab.

"Kerja? Pagi tadi baba call pun Mimi kata kerja!"

"Tak cukup staff so double duty la."

"Bila offday?" Tanya mama.

"Lusa."

"Balik rumah. Affiq ajak beli barang hantaran."

Hantaran?

"Hantaran apa? Kan kata merisik je!"
Aku protes lagi.

"Oh, keluarga Affiq kan dari Terengganu. Kami ingat buat majlis merisik dan bertunang terus."ucap mama tanpa bersalah.

Tengok! Semua buat perancangan tanpa berbincang dengan aku!

"Hurm." Malas dah aku ni nak bersuara. Tak guna pun sebenarnya. Suara aku tak laku!

"Mimi balik tau!"

"Mama pergi je la. Mimi penat. Minggu ni empat hari Mimi kerja dua syif."

"Ermmm.. Ok la kalau macam tu. Rehat la. Habis Mimi nak guna warna apa?"

"Hitam!"

"Hah? Eh, macam orang berkabung je! Tukar warna lain la."

"Mimi nak warna hitam! Kalau mama beli warna lain, Mimi tak balik tarikh tu."

Klik.

Aku terus letak telefon. Aku malas nak dengar bebelan mama. Ya aku kurang ajar! Memang aku berdosa sebab berkasar. Tapi aku sedih! Keputusan yang diambil untuk aku sangat tak adil. Warna hitam yang aku pilih pun dibantah. Aku tahu.. Mama akan beli juga warna hitam tu. Mana mungkin keluarga aku mampu menahan malu andai aku benar-benar tak balik? Dan aku takkan teragak-agak untuk berbuat demikian!

1 comment:

Unknown said...

Sian mimi... sian rizz...