Friday, April 29, 2016

Dara Jelita - 1

"Dara Jelita, dekat pulau ke?" Bunyi desir angin itu menyakinkan hati Ukasyah, sepupunya itu sedang berada di pulau yang paling jauh dari tanah Mersing.

"Tahu pun. Check email. Dara kirim sesuatu for your wedding."

"Pakej honeymoon?" Teka Ukasyah.

"Amboi, ASP ni sejak bila naik pangkat jadi nujum?"

Meledak ketawa Ukasyah. Betul la tu tekaannya! Alahai.. Dara, senang sangat abang baca fikiran Dara tu.

"So betul la ya?" Mendengarkan suara gadis gemersik tertawa, mengiyakan serkap jarang Ukasyah, lelaki itu menggeleng kepala.

"Buat apa la membazir Dara. Kalau honeymoon ni.. Dalam bilik pun boleh. Lagi best!"

Dara mencebir bibir. Mula la tu nak melucah. Orang dah kahwin ni, agaknya memang suka cakap lepas eh? Ceh, siap la dia.

"Ala.. Ni sebagai tanda maaf Dara. Sebab tak sempat balik masa wedding abang. Lagi pun...."
Suara Dara Jelita terhenti seketika. Bibirnya tersungging sinis. Akalnya mencerna sesuatu.

"Tak teringin ke nak honeymoon atas air? Dengar bunyi ombak, angin laut yang menyapa hingga ke tulang. Abang rasa, sama tak nikmatnya dengan bilik tidur abang? Kak Manis confirm...."

"Dara Jelita!"

Dara menekup mulut sendiri bila suara Ukasyah tiba-tiba sedikit terpekik. Menyebut nama penuhnya.
Padan muka! Malu la tu. Lupa ya, nama kita ni Dara Jelita.

"Bye ASP Ukasyah Wazien! Selamat menikmati bulan madu. Oh lupa, pesan dengan Doktor Manis As-Syifa' tu.. Tak payah bawa banyak baju. Ada hadiah special untuk dia kat sana."

"Dara.."

Klik.

Gila la adik sepupu sorang ni. Kita belum habis cakap, dia dah letak. Entah apa la yang dia sediakan untuk isteri aku. Mati kejung aku, kalau Manis bising tuduh aku bersubahat! Bukan boleh percaya jugak si Dara ni.
Tetikus yang berada di atas meja itu, Ukasyah capai. Laju saja laman google dicari. Jari-jari Ukasyah mengetuk papan kekunci komputernya, memasukkan alamat email sendiri.

Sekali lagi kepalanya menggeleng, Dara Jelita ... makin jelita kan awak sekarang?
Bagaimanapun ungkapan Ukasyah  hanya terluah di dalam hatinya sendiri. 

Gambar Dara Jelita yang sedang berada di atas bot laju itu ditatap, satu-satunya sepupu yang rapat dengan Ukasyah. Dara membesar bersama dengannya. Namun, sejak umur Dara belasan tahun, Dara lebih suka tinggal di pulau. Pulau Rawa yang jauh dari Mersing, keindahan alam yang masih tidak tercemar, pantai yang begitu cantik itu telah menambat hati Dara Jelita untuk tinggal di sana.

Entah apa yang Dara cuba larikan, Ukasyah sendiri tak pasti. Puas sudah ditanya dengan gadis itu, sekalipun tak pernah Dara berterus terang. Setiap kali ditanya, kerana nenek saja jawapannya. Padahal, nenek yang dimaksudkan tiada kena mengena pun dengan keluarga mereka.

Dua tiga kali Ukasyah membaca email tersebut, setelah berpuas hati, Ukasyah mendial nombor telefon isterinya, Manis As-Syifa'.

“Sayang, busy tak?” Suara Manis yang menjawab salam tadi, menyapa lembut di pendengaran Ukasyah.

“Tak, kenapa?”

Bibir Ukasyah tersenyum, “Boleh tak sayang, apply cuti 4 hari?” Kelendar yang sedang dibulatkan tarikh itu, dipandang lagi.

“4 hari? Nak ke mana?”

“Dara dah booked suite untuk kita. Hadiah wedding kita.”

“Err ...Dara?” Ukasyah menepuk dahi sendiri, bila Manis menyoal dengan agak pelik.

Ah, memang pelik pun nama sepupunya itu!

“Dara Jelita. Ingat tak abang pernah cerita, ada sorang sepupu perempuan yang rapat dengan abang?”
Kening Manis sedikit berkerut, “Oh, yang kasar sikit tu eh?” Ukasyah tergelak.

Manis hanya mengenali sepotong nama Dara Jelita, belum pernah lagi dia bersua muka dengan tuan punya badan. Sepupu Ukasyah yang itu saja tidak hadir ke majlis perkahwinan mereka bulan lalu. Dengarnya gadis itu tak sempat balik, malah urusannya ada sedikit masalah. Sebab itu cuma dia seorang saja yang tiada di dalam gambar kenangan keluarga sebelah Ukasyah, ketika mereka bergambar bersama dengan pengantin dulu.

“Hah! Dia la. Yang macam peel lelaki sikit tu. Nama tak padan dengan diri dia tu. Dara Jelita, tapi rambut pendek. Jalan pun samborono aja. Tak reti cover langsung!”

“Amboi, mengata orang!”

Ukasyah meledakkan tawa lagi. Faham, dengan teguran Manis. Tapi sungguhlah, dia tak boleh lupakan perangai Dara Jelita suatu ketika dulu. Ala-ala tomboi!

Marah sungguh gadis itu bila diejek di sekolah tentang namanya. Nama aja cantik, tapi orangnya nak jadi lelaki!
Balik saja dari sekolah, Dara menangis-nangis marahkan babanya. Mengapa letak nama dia Dara Jelita? Kenapa tak letak nama yang lain?

Sudahnya Dara senyap, apabila tuk ayah mereka sendiri yang memujuk.

“Dara satu-satunya cucu perempuan atuk. Cuba Dara tengok sepupunya Dara yang lain. Ada tak anak Pak Ngah tu perempuan?” Dara menggeleng.

“Anak Pak Long?”

Juga Dara menggeleng.

“Dara nak tahu tak, tuk ayah ni bernazar tau masa ibu Dara mengandungkan Dara dulu. Tuk ayah nak cucu perempuan. Alhamdulillah, Dara lahir juga ke dunia. Tuk ayah yang letak nama Dara Jelita untuk Dara. Klasik. Sekarang memang la Dara tak nampak. Tapi, tuk ayah percaya, satu hari nanti.. Dara mesti berbangga dengan nama Dara sendiri.”

“Abang! Berangan ke mana ni? Manis tanya, bila Manis kena apply cuti ni?”

Hilang sudah kenangan lalu Ukasyah dan Dara bila diterjah oleh Manis. Manis yang menanti sedari tadi, sudah mengetap bibir. Geram!

“So..sorry. Sorry, sayang. Nanti abang confirmkan semula dengan Dara. Bukan betul budak ni.”

Manis mendengus. Ishh, ingatkan dah confirm datenya! Sungut Manis di dalam hati.

Dara Jelita, kalau awak main-mainkan abang, teruk la awak kena dengan abang nanti!

Sekali lagi gambar gadis yang dilampirkan di dalam email itu dilihat. Sempat juga jari telunjuk Ukasyah menekan muka Dara Jelita di monitor komputernya.

Geram!

No comments: