Saturday, October 17, 2020

Cerita yang sudah jadi buku

Hai, assalamualaikum!

Lamanya tidak bersiaran dari blog ni. Entah ada pembaca ke tidak ek? 🤣

Baiklah,
Mungkin ada yang baca blog saya tapi tak friends di Facebook/IG mahupun di page saya. 

Barangkali anda tidak tahu selain Istimewanya Dia yang terbit pada tahun 2017 dulu saya ada buku lain. Ya, betul.. lepas ID terbit saya tak menulis sangat. Tapi saya ada terbit sendiri zine. Ada beberapa buah cerita pendek yang saya terbit sendiri.

Kemudian, dari awal tahun 2020 sehingga Julai 2020 saya ada 5 buah buku yang terbit. Huh, Tak sangka kan? Saya pun rasa tak percaya! 🙊

Seluruh Cinta Buatmu novel pertama yang saya terbitkan sendiri. Buku ni saya kombo dengan rakan penulis Aein Dhiyauddin. Kami buka pre order bulan Disember 2019. Buku siap cetak Januari 2020. Tapi buku diedarkan selepas raya cina. Kami tak nak pending lama di pejabat pos. Maklumlah PO sekarang macam-macam hal!

Selepas novel, saya menulis pula cerita pendek yang bertahun Taj.. The Only One dimuatkan di dalam Kompilasi Duda Exclusive bersama rakan penulis Ruby Nur Airis, Sara Hezra, Rafina Abdullah, Zati Mohd, Nuriffa dan Cici Aida 

Taj.. The Only One memang tak Ada dalam blog ni. Awak boleh dapatkan dari Penerbitan Kejou

Humayra, Lembayung Cinta Dari Ilahi cerita ini asalnya tajuk lain. Lama idea ni tau. Dari tahun 2015, saya tulis selepas saya stop kan teaser Ra'edNayli. Dalam blog ni.. ada kalau awak baca Untaian Kasih Buat Humayra, inilah naskah cetaknya!

Buku ni dugaan sungguh mahu terbit. Bukan masalahnya datang dari saya, tapi isu pendemik yang melanda seluruh dunia. Penerbit RC baru buka pre order, kerajaan Malaysia mengumumkan PKP. So, buku pending lama di kilang. 

Namun, Allah SWT itu kan Maha Berkuasa. Buku Humayra ni, banyak perpustakaan awam negeri beli. Kami tidak menanti terlalu lama. Kata Rinsya Chasiani, bukan mudah mahu lepas penilaian perpustakaan. 

Alhamdulillah...

Menantu Edisi Terhad dalam blog ni ada tapi tak banyak yang saya update. Tapi di Wattpad sehingga Bab 15. Kulit buku MET saya buat sendiri. Jenuh jugak.🤣 Sebab saya guna Power Point jer. Photoshop ada, tapi tak reti. 🙊

MET saya buka pre order sekali dengan Hello, Doctor! Actually HD ni karya pertama yang saya tulis. Ya, bukan ID. 

Ketika tahun 2014, saya mula belajar menulis. Inilah cerita yang saya tulis di Facebook. Tapi asbab tak pandai, naratif dan POV saya bercampur aduk. Saya stop sebelum terlalu jauh saya menulis. Di situlah munculnya Ra'edNayli. 

Dalam blog ni, tajuknya Aku Sayau Ke Nuan. Kenapa Bahasa Iban? Dalam naskah cetak ada dialog Iban. 😉

MET dan HD saya cetak ikut yang order saja. Ada plan dan reprint tapi tunggu saya tulis spin of HD. Kisah Doktor Widad dan Koperal Zhariff.  MET pula tunggu saya tulis special edition kisah Umar dan Lutfiah. ❤️
 
Ini koleksi buku saya tidak termasuk zine.  Terima kasih atas sokongan. Saya amat hargai pembaca yang setia menanti kemunculan cerita saya yang biasa-biasa. 

Syukran with love,
Aina Hamra 


No comments: