Cerpen:
Rindu, Cinta Di Mana?
Kata-kata
Arieq siang tadi, membawa kaki Maya melangkah mendekati Puan Reena yang sedang
duduk menyulam sarung bantal. Hobi Puan Reena di kala lapang. Hasil kerjanya
halus dan kemas. Sarung bantal dari kain kapas berwarna merah jambu itu disulam
bunga menggunakan benang sulam berwarna merah hati dan kuning. Daunnya berwarna
hijau tua. Cantik!
Terserlah
sulaman itu. Seolah olah warnanya hidup.
Merah
jambu warna kesukaan Maya. Maya tersenyum.. tahu sarung bantal yang sedang
disulam oleh Puan Reena itu untuk dirinya. Mata mengerling mencari si ayah.
Tiada. Hairan.. selalu ada saja Encik Firdaus. Dia akan selalu ada dengan Puan
Reena, walau bukan duduk sebelah menyebelah, tapi tetap berdekatan. Di tangannya
pasti ada buku agama yang dipegang. Bila umur makin meningkat, itu saja yang
dilakukan bila di malam hari. Sementara menunggu mata terkatup.
“Ibu,
ayah mana?” Punggung sudah berlabuh berdepan dengan Puan Reena. Dibelek sulaman
si ibu. Hatinya memuji kecantikan hasil tangan ibu sendiri.
“Ayah
pergi rumah kenduri. Rumah Pak Latif. Kenapa?” Tunak matanya memandang anak
gadisnya.
Kepala
digeleng ke kiri dan kanan. “Ibu..” Perlahan, ada getaran halus di dada. Debran
gugup yang isedang memalu hati Maya. Tapi maya harus mengatasinya, dia harus
memberitahu ibunya.
“Maya
nak cakap apa?” Faham sudah, kalau anak datang menempel; mesti ada sesuatu yang
ingin dibicarakan. Jari yang memegang jarum sulam terhenti. Jarum disemat ke
kain berwarna merah jambu itu. Perhatian kini dialihkan sepenuhnya kepada anak
gadisnya.
“Err..
ibu ingat tak Arieq? Kawan Maya.”
“Arieq
yang selalu teman Maya study dulu?” Maya.. dia tak pernah berahsia dengan Puan Reena.
Ibunya ibarat sahabat tempat dia meluahkan segala susah senang, segala kisah
suka
dan
duka ketika belajar. Sekarang sudah bekerja pun Puan Reena tempat dia meluahkan
apa saja yang berlaku.
Kepala
diangguk. “Ya bu. Dialah.”
“Kenapa
dengan Arieq?”
“Arieq
nak masuk meminang Maya.” kepala anak gadis itu menunduk. Mukanya membahang.Malu.
Walaupun Puan Reena selalu mendengar isi hatinya tapi bila bercakap soal ini,
terasa malu sungguh!
“Ibu
dia suka Maya tak? Ibu tak mahu Maya jadi macam ibu. Maya nampak kan apa ibu
lalui?”
soalan pertama yang Puan Reena usulkan. Dia sebenarnya sangat takut apa yang dialamiya
akan turut dilalui oleh si anak. Maya hanya mengukir senyum.
Maya
nampak selama ni. Maya lihat dan Maya mendengar. Semuanya, dari dia kecil
hingga dewasa. Segalanya jelas di penglihatan seorang gadis bernama Maryam
Sumayyah! Nenek tak suka ibu. Nenek selalu cakap lepas dengan ibu. Kerana
terlalu benci, nenek sanggup tolak ibu yang sedang sarat mengandungkan adik.
Kesian ibu... kerana tolakan nenek, adik meninggal dalam perut. Sampai
sekarang, hanya Maya seorang saja anak ibu dan ayah. Bisik hati Maya. Dia tetap
ingat kejadian itu walau ketika itu dia hanya berumur lapan tahun. Semuanya
kerana Encik Firdaus menolak pilihan ibunya .
“Ibu
bukan tak suka dia Maya, tapi ibu takut bila Maya kata dia orang kampung
sebelah. Ibu takut Maya akan tempuh apa yang ibu lalui. Berkahwin, bukan untuk
sehari dua sayang. Berkahwin ni..kalau boleh hingga hujung nyawa. Syukur, ayah
Maya tetap pertahankan ibu. Walaupun nenek selalu meminta ayah menceraikan ibu.
Bagaimana dengan Arieq? Kenali dulu keluarga Arieq sayang. Kalau mak dia suka
dan terima Maya, ibu tiada halangan kalau dia mahu memperisterikan Maya.”
Nafas
hembus perlahan. Lidah Puan Reena terlalu berat untuk meneruskan kata. Jauh di
sudut hatinya, dia sangat takut! Bimbang sejarah hidup bersama mertua akan
diulangi oleh anak gadisnya.
Dengan
sukar dan nafas yang tertahan-tahan… “Tapi kalau Maya selalu tersindir bersama
jelingan tajam, lebih baik undur diri. Kita dapat lihat orang akan menyukai
kita atau tidak dengan hanya satu pertemuan. Faham ibu cakap apa?”
Maya
hanya menekur memandang hamparan permaidani di hujung kaki. Meningatkan pengalaman
si ibu, hati gadisnya menjadi sebak. Ya, dadanya diserbu dengan pelbagai perasaan.
Tabahnya ibu membuatkan dia selalu kunci mulut apabila bersama nenek. Kalaulah tidak
menenangkan kesabaran ibunya, dia yang selalu akan hilang sabar dengan nenek
sendiri!
Apa
tidaknya, nenek Maya selalu memburukkan Puan Reena depan Maya. Wanita yang nenek
dia tak suka itu, isteri kepada anak lelaki neneknya. Wanita yang mengandungkan
dirinya. Perempuan yang bertarung nyawa ketika melahirkan Maryam Sumayyah! Hati
siapa yang tidak sakit? Siapa yang tidak marah andai orang memburukkan emak
sendiri? Tapi, Maya terpaksa menyimpan segala kemarahannya! Hanya kerana Puan
Reena.
Ah,
nenek tu lupa agaknya... Masa nenek sakit dulu bukan menantu kesayangan nenek
yang jaga! Tapi perempuan yang nenek kata betina jalang tu yang jaga nenek!
Malangnya nenek tak pernah bersyukur, makanan yang ibu masak nenek buang. Geli
kononnya! Allahurabbi, sabarnya hati ibu melayan kerenah nenek; Allah saja yang
tahu! Maya menghadam kata-kata hati sendiri. Air matanya bertakung.
“Inshaa-Allah bu, Maya tak lupa pesan ibu.”
Arieq
memandang uminya dengan penuh kasih. Wanita pertama yang sangat dicintainya sebelum
Maya. Sejak kematian abi, uminya itulah yang membanting tulang untuk membesarkan
Arieq. Uminya wanita hebat! Tidak pernah sepanjang hidup mereka anak beranak,
meminta bantuan daripada saudara mara. Ketika Arieq melanjutkan pelajarannya,
segala-galanya umi yang sediakan. Umi bekerja siang malam untuk keselesaan
Arieq.
Entah mengapa, detak hati Arieq tidak menentu.
Terasa berdebar-debar untuk memulakan bicara. Bimbang sebenarnya umi menolak
pilihan hatinya. Tapi Maya itu indah segala-galanya. Maya itu bukan saja cantik
luaran, tapi budi bahasanya sangat menambat hatinya. Mustahil umi takkan jatuh
suka dengan Maya.
Bismillah...
“Umi,
Arieq nak cakap sesuatu.”
Perlahan
kepala dijatuhkan ke atas pangkuan umi. Umi yang sedang menonton televisyen itu
memaku pandangan pada satu-satunya zuriat yang dia ada.
“Cakap
apa?”
“Arieq
sudah berkenankan anak dara orang.” Terbuntang mata umi mendengar Arieq berkata
begitu. Terkejut sebenarnya, tak sangka! Sambil koyak senyum, umi bertanya..
“Anak siapa?”
“Anak
pakcik Firdaus.”
Firdaus?
Diakah? Tapi kalau nama Firdaus.. cuma dia saja. Tak ada orang lain.
Senyuman
umi terus kaku. Bias kegembiraan tadi sudah hilang. Arieq nampak jelas di
matanya.
Mengapa
dengan umi? Soal hati Arieq.
Arieq
terus bangkit. Tangan umi dicari, digenggam erat tangan tua itu.
“Umi?
Kenapa ni?”
“Cari
la orang lain Arieq.”
“Umi.. Kenapa pulak ni? Umi pernah bercinta
dengan pak cik Firdaus ke sebelum berkahwin dengan abi?”
“Isssh,
ke situ pulak dia! Cinta umi hanya abi saja yang pernah tawan. Tiada orang lain
sehinggalah sekarang. Hanya untuk abi Arieq.” Pipi Arieq dicubit mesra.
Tersengih panjang si anak. Kalau bukan bekas kekasih, mengapa umi meminta aku
mencari orang lain? Hati Arieq menyoal sendirian lagi.
“Umi
dengar orang kampung cerita, isteri Firdaus tu bomohkan dia. Umi ni dengar jer
la orang cakap-cakap. Kalau Arieq kahwin dengan anak dia, umi takut anak umi
pun kena bomoh.”
“Astagfirullahal-Azim...
Umi, mereka tu ada bukti ke bercerita begitu? Kalau tak betul, jadi fitnah
umi.” Terdiam umi apabila Arieq menegur dengan lembut.
“Umi
tak kenal Maya lagi, berdosa umi menuduh ibunya sebegitu. Arieq tak suka ibu
pergi sama-sama duduk bawah pohon depan tu; bercerita kisah orang. Itu sudah
jatuh mengumpat, umi.” Tangan umi dibelai mesra. Muka umi bertukar keruh.
Mungkin baru tersedar dengan teguran Arieq.
Ya,
walaupun bukan kita yang membawa mulut, bukan kita yang menjaja kisah orang;
tapi kita mendengar! Kita pun terpalit sama dalam sesi umpat-mengumpat itu.
Allah..
Ampunkan aku ya Allah.
“Siapa
nama dia?”
“Maryam
Sumayyah.. Arieq cuma minta umi kenal dulu dengan keluarga dia. Kalau umi tak suka
nanti, Arieq cuba ikut kehendak ibu.” Perlahan saja kata-kata Arieq, namun ia
sangat menusuk ke hati umi. Umi tahu, Arieq marah. Umi sama macam orang lain,
suka bercerita kisah orang lain!
Arieq
yang baru saja mahu bangkit itu, dipaut. Terduduk kembali anak bujangnya itu.
Wajah Arieq ditatap dalam-dalam. Umi tahu, Arieq terkilan dengan umi. Bisik
hati umi.
“Hujung
minggu nanti, bawa Maya makan tengahari kat sini. Arieq minta izin dengan keluarga
dia ya? Ingat tau, umi cuma nak Maya saja yang datang. Lain kali baru jemput keluarganya.”
Arieq memandang tanpa kata, mahupun senyuman. Mengapa umi tiba-tiba ubah
fikiran? Desis hati Arieq. “Umi mahu menguji Maya?” Soal Arieq tanpa
berselindung.
“Arieq yang minta umi kenal dia dulu kan? Ni
umi nak kenal Maya la ni. Jangan lupa tau?!” Arieq hanya mengangguk apabila
tapak tangan umi mendarat di ubun-ubunnya. Itu tandanya umi sedang memujuk
Arieq!
Ya
rabb, andai umi mahu menguji Maya, Kau permudahkanlah segalanya. Kalau umi
sekadar mahu memujuk hatiku, Engkau lembutkanlah hati umi untuk menerima Maya.
Sesungguhnya Maryam Sumayyah itu sudah terlalu ‘cantik’ ciptaan-Mu.
Maya
turut sama membantu di ruang dapur yang sederhana kecil itu. Tangannya lincah membuat
kerja dapur. Setiap pergerakkan dan perbuatan Maya, umi kerling dengan ekor
mata. Hati tuanya mula kagum dengan kelincahan Maya di dapur. Orang kata, gadis
yang lincah di dapur, tidak kekok membuat kerja dapur adalah atas didikan
ibunya. Pasti Maya selalu membantu ibunya. Desis umi dalam hati. “Maya ada
berapa orang adik beradik?” Soal umi memulakan bicara.
“Maya anak tunggal makcik.” Perlahan Maya
menjawab. Namun tangannya masih lagi memotong sayur.
“Oh,
ibu Maya memang cuma mahukan Maya saja ke?” Sengaja umi bertanya. Dia mahu lihat
reaksi Maya. Kata mereka, ibu Maya tu makan perancang dulu sebab tu ada anak seorang
saja. Kononnya penat beranak ramai!
“Tak
la makcik. Ibu tak boleh mengandung lagi lepas ibu terjatuh masa mengandungkan
adik lelaki Maya.”
“Allahuakhbar!
Sampai begitu? Habis adik Maya?” Umi cuba menelan liur, namun tersekat di
kerongkong. Mungkinkah...
Wajah
Maya bertukar suram. Dia masih ingat bagaimana ibu boleh jatuh dari tangga!
Nenek! Nenek tolak ibu di tangga. Perlahan kelopak mata dipejam. Tapi tidak
lama, kenangan dulu harus dibuang jauh!
“Tak
ada rezeki kami makcik. Adik Maya meninggal dalam perut ibu.” Hati umi
tersentuh melihat mata Maya yang sedang digenangi air. Pantas dia menghampiri
Maya, memaut bahu Maya. Tanpa sedar, bibirnya mengucup kepala Maya yang
dilindungi tudung itu.
“Maafkan umi.” Bisik Umi. Maya hanya tersenyum
segaris. Meleraikan pautan, umi memandang ke dalam mata Maya. Umi mencari
sesuatu di dalam mata gadis itu. Benar, Maryam Sumayyah telah menambat hatinya.
Dengan hanya merenung wajah gadis itu, hanya dengan mendengar lemah lembut
bicara gadis itu, hati tuanya tertawan. Tapi dia mahu sesuatu dari Maya!
Nashrieq Idham satu-satunya harta dunia akhirat umi. Dia mahu Arieq
berdampingan dengan orang betul. Dia percaya anak lelakinya mampu menjadi suami
yang baik. Tapi mampukah Maya menjadi bidadari Arieq?
“Maya..”
“Ya
, makcik.”
“Maya
tahu kan Arieq satu-satunya waris makcik.” Maya mula terasa seperti ada kebimbangan
dengan nada suara umi. Mata tua itu beralih arah memandang gadis manis
bertudung itu. Sengaja umi mencari mata galak itu. Mereka bertentangan mata.
“Tahu,
makcik.” Serentak dengan anggukkan Maya membalas kata umi.
“Kalau
Maya kahwin dengan Arieq nanti, mahu ke Maya tinggal serumah dengan mertua.”
Gulp.
Debaran
di hati Maya makin kuat dirasainya. Mungkinkah aku juga akan mengalami
pengalaman yang sama dengan ibu? Maya bermonolog dalam hati.
“Inshaa-Allah,
kalau ada jodoh kami; saya akan ikut saja ke mana Arieq bawa saya tinggal.”
“Maya
tak kisah?” Umi seakan tidak berpuas hati dengan jawapan Maya.
“Syurga
Arieq di bawah tapak kaki makcik. Dan kalaulah saya ditakdirkan berjodoh dengan
Arieq, syurga saya adalah dengan reda dia sebagai seorang suami.” Lembut saja
Maya menuturkan kata-kata itu.
Nampaknya
Maya tahu bagaimana mahu mencari pintu syurga. Tapi, mengapa cakap-cakap orang
itu tidak sekali pun menyentuh perihal yang elok-elok keluarga mereka? Hati umi
berbisik perlahan.
Sorotan
mata umi mengundang senyum di bibir Maya. Hati kecil Maya tahu, wanita pertama
kekasih hatinya itu berasa curiga
dengannya. Pastilah mengenai cakap-cakap orang kampung tentang keluarganya. Semuanya
bermula dengan mulut neneknya dan mak cik maya sendiri!
Tak
kenal takkan jatuh cinta umi. Kenal la hati kami untuk tahu kebenarannya cerita
orang. Hati Maya seakan merayu. Tapi, mustahil untuk umi mendengarnya.
Namun,
Maya berharap hati umi akan dapat menerima kehadirannya dalam keluarga dua
beranak itu. Gadis itu bimbang, umi akan menolak dirinya mentah-mentah kerana
fitnah yang bertahun tersebar itu. Tapi dia tidak dapat menghalang andai
kebimbangan hati ibunya sendiri terjadi. Ah, siapa la kita hendak menolak
takdir?
“Waris
kepada Maryam Sumayyah binti Firdaus?” suara doktor lelaki yang berkaca mata
itu bertanya. Matanya meliar memandang muka setiap waris yang sedang menanti di
luar kompleks dewan bedah itu.
“Ya,
saya suami Maryam Sumayyah.” Arieq datang mendekat kepada doktor itu. Begitu
juga dengan umi serta Puan Reena dan juga Encik Firdaus.
“Saya
doktor Azwan, pakar sakit puan. Encik tahukan isteri encik mengandung dengan
keadaan uri terlalu bawah?”
Hati
Arieq berdebar-debar. Gerak hatinya seakan mengatakan keadaan isterinya tidak
begitu bagus. Dia dapat rasakan itu yang doktor pakar itu mahu katakan padanya.
Arieq hanya mampu mengangguk. Ya, dia tahu risiko yang Maya hadapi apabila
disahkan oleh doktor tentang kandungan uri di bawah.
Malah
uri Maya telah menutupi pintu rahimnya. Maya tidak diberi pilihan untuk mencuba
melalui proses melahirkan secara normal. Ini kerana keadaan Maya sangat
berisiko untuk pendarahan berlaku.
“Begini
ya encik. Isterinya mengalami pendarahan yang sangat serius. Kami sudah cuba
untuk menghentikan pendarahan tersebut. Kami cuba menyelamatkan rahim isteri
encik memandangkan ini kelahiran pertama. Tapi, kalau pendarahan masih berlaku,
kita tiada pilihan lain melainkan melakukan pembedahan semula untuk membuang rahim
tersebut.”
“Ya
Allah! Macam mana anak saya nak mengandung lagi nanti?” Puan Reena menyoal
laju. Arieq sudah tidak tertanya. Dia hanya memandang doktor itu menjawab
soalan ibu mertuanya.
“Puan,
yang penting sekarang. Nyawa anak puan tu bergantung dengan keadaan pendarahan
yang dialaminya. Sekarang ni, pembedahan sudah selesai. Kita akan pantau keadaanya
di ICU.” Kata doktor Azwan itu lagi.
Sejurus
itu, mereka sekeluarga terus menuju ke Unit Rawatan Rapi. Arieq tak sabar
menanti Maya. Hatinya terlalu ingin menatap wajah isterinya. Tadi dia sudah
menatap wajah cinta hati mereka sebelum anak syurga itu dihantar ke Unit
Rawatan Rapi Kanak-kanak. Bayi comel itu di tempatkan sementara di NICU gara-gara Maya diberi bius sepenuhnya. Dari penerangan jururawat yang bertugas, hanya
untuk memantau kesan ubat yang diberikan kepada Maya enam jam yang lepas.
Ya,
enam jam! Sangat lama bagi satu pembedahan kelahiran. Padahal tempoh yang
doktor katakan hanya selama 45 minit atau 1 jam. Tapi, keadaan Maya memang
sudah dijangka. Pendarahan teruk berlaku sehingga ketua pakar sakit puan
dipanggil untuk membantu menghentikan pendarahan. Bayangkan Maya kehilangan
darah sebanyak 8 liter!
Allahuakhbar..
Apabila
doktor panggil untuk berjumpa kali pertama tadi, tangkai hati Arieq bagaikan
direntap kasar! Jantungnya seakan mahu terhenti. Lututnya juga menggigil. Penantian
selama enam jam itu sungguh mendebarkan! Sudahlah ketika itu hanya dia yang
menanti di ruang menunggu itu. Uminya hanya datang bersama dengan Puan Reena
dan Encik Firdaus apabila doktor memberitahu Maya mengalami pendarahan serius.
Syukur,
Alhamdulillah. Semuanya selamat. Dan mereka berharap pendarahan itu benar-benar
sudah berhenti. Sekarang hanya untuk tempoh pemantauan saja.
Sayu
hati Arieq apabila melihat Maya yang diam tidak berkutik. Perlahan, bibir Arieq
menyentuh dahi si isteri. Kucupan pertama untuk si dia yang bertarung nyawa
demi cinta hati mereka. Tapi, mengapa di dalam mulut Maya ada tiub? Dan Maya
tidak sedarkan diri!
“Doktor,
apa dalam mulut isteri saya ni?” soal Arieq sopan.
“Oh,
ini tiub pernafasan encik. Sementara ni, kami memang tak akan cabut. Kita akan
tunggu keadaan pesakit benar-benar stabil.” Arieq senyap mendengar. Jari-jarinya
menggenggam jari Maya.
Perlahan
Arieq membongkokkan badan, mendekatkan kepala di tepi telinga Maya… “Terima
kasih, rindu. Terima kasih untuk cinta hati kita. Sekarang abang minta lagi
sekali untuk rindu kuatkan semangat. Kali ini, untuk abang dan cinta hati kita.”
Perlahan sahaja bisikan kata-kata itu.
“Doktor,
drain dah penuh.”
“Penuh?
Takkan la kot. Patient belum sejam
lagi kat sini.” Balas doktor perempuan yang sedang berada tidak jauh dari katil
Maya itu. dan Arieq mendengarnya! Tadi jururawat itu membetulkan sesuatu di
tepi katil Maya di sebelah sana. Drain?
Botol yang tergantung kat katil tu ke? Arieq menyoal sendiri.
“La,
doktor ni. Betul la. Sebab belum sejam la saya bagitau. Patient bleeding ni.” Kata-kata jururawat itu singgah lagi di
telinga Arieq.
Allah,
bleeding? Maya sedang mengalami
pendarahan lagi? Hati Arieq tertanya-tanya sendiri. Kemudian, doktor itu datang
ke katil Maya lalu meminta Arieq beredar dari katil tersebut. Tirai yang
berwarna peach itu ditarik oleh jururawat. Makin tak keruan rasa hati Arieq!
“Call O&G team.
Minta mereka review patient sekarang!”
Arieq di sebalik tirai itu mendengar arahan doktor perempuan tadi.
Ya
Allah, Maya! Hanya itu yang terlafaz di hati Arieq. Air mata lelakinya begitu
cepat memenuhi kolam mata lelakinya. Bagai musim bah, air sungai yang menanti
melimpah! Dia tetap berdiri di situ, menanti apa yang mereka lakukan pada isterinya,
Maya.
Pandangan
matanya, menangkap seorang doktor perempuan datang dari luar unit itu. Laju
saja doktor itu melewati Arieq cuma berhenti di katil Maya. Arieq masih lagi
menanti, tapi tiada seorang pun doktor yang memberitahu Arieq apa-apa tentang
Maya. Hatinya menjadi makin tidak sedap! Dia tidak betah menanti, tapi matanya melihat
mereka sedang sibuk menguruskan Maya! Dia tetap berdiri dan memasang telinga. Matanya
hanya memerhati seorang demi seorang yang masuk di sebalik tirai itu.
“Suami
patient ada tak kat luar?” suara doktor lelaki menyapa pendengaran Arieq.
“Ada.”
Arieq tak tahu suara perempuan uang menjawab itu doktor atau jururawat. Arieq
tak dapat melihat mereka di sebalik tirai itu. hanya suara yang dia dapat
dengar.
“Tak
apa saya jumpa dia. Ambil concent bak
sini. Biar saya minta sain sekali.”
Arieq
menanti lagi di ruang menunggu di luar kompleks pembedahan itu. umi juga tetap
menemaninya. Begitu juga dengan keluarga mertuanya. Puan Reena dan Encik
Firdaus juga tidak betah duduk.
Maya
dihantar lagi ke dewan bedah untuk menjalani pembedahan semula. Tadi doktor
pakar yang menerangkan keadaan Maya berkata, Maya perlu dibedah lagi. Kalau usaha
mereka semasa pembedahan pertama gagal, Maya terpaksa menjalani pembedahan
hysterectomy untuk membuang peranakan Maya itu.
Arieq
hanya mengangguk dan menurunkan tandatangan di borang kebenaran pembedahan itu.
Kalau hanya itu saja jalan yang mampu Maya tempuh untuk menghentikan
pendarahan, Arieq bersetuju tanpa banyak soal! Yang penting nyawa Maya. Apalah sangat
untuk disayangkan rahim itu kalau nyawa Maya di ambang bahaya?
“Rindu,
cinta mana?”
“Cinta
saja yang dicari. Kita yang menunggu dari tadi langsung tak ditanya.” Bibir Arieq
koyak senyum.
“Rindu
ada depan mata abang, kan? Buat apa tanya yang di depan mata. Mestilah abang
tanya orang yang tak ada di depan mata.”
Arieq
ketawa kecil apabila Maya mencemikkan bibirnya. Pantas tangannya meraih
pinggang Maya. Mengikat si isteri dari terus berlalu.
“Dengan
cinta pun nak cemburu. Kan anak dara rindu sendiri tu. Bukan abang tanya orang
lain kan?”
“Bila
pulak Maya cemburu dengan cinta?”
“Eleh,
tak mengaku konon!” bibir muncung Maya dicuit dengan hujung jari. Pantas saja
Maya menggigit jari Aireq. Perlahan, sekadar gigitan manja. Arieq mencubit pula
pipi gebu Maya.
"Rindu, abang tanyakan... Cinta mana?"
"Ikut tok dia la. Apa lagi..."
"Pergi mana?" Jari-jari Arieq menyulam jari Maya.
"Pergi melawat baby kak Ida."
Bibir Arieq sedikit ke depan apabila dia menyebut 'ooo' yang panjang.
Kak Ida, sepupu Maya yang baru saja melahirkan anak. Tadi Puan Reena dan Encik Firdaus datang mengambil anak mereka, Marsya Irdina. Umi ikut turut serta.
Sejak bertunang dulu, umi akan dibawa ke mana saja pasangan itu pergi. Hingga majlis kahwin sanak saudara sebelah keluarga Puan Reena di Pulau Pinang umi turut serta.
Benarlah kata orang, tak kenal maka tak cinta. Jangan didengarkan buah mulut orang. Orang bukan rapat dengan kita, tak semua orang tahu hal kita!
Apabila umi bergaul mesra dengan Puan Reena, barulah dia tahu apa yang diperkatakan orang tentang besannya itu adalah fitnah semata-mata.
Nenek Maya baru saja sebulan meninggal dunia. Dia sememangnya sudah sakit uzur. Puan Reena yang banyak menjaganya ketika akhir hidupnya.
"Abang, Cinta dah berumur empat tahun lebih. Kita dah boleh bagi dia adik sayang."
"Tak payah la kot. Abang ok jer ada rindu dengan cinta."
"Abang.. Maya dah boleh mengandung lain..."
"Abang tak sanggup la rindu. Dulu masa rindu bersalinkan cinta, rindu mengalami pendarahan yang teruk tau. Lama rindu terlantar kat ICU."
Memori itu masih ada lagi di ingatan Arieq. Dia hampir kehilangan Maya gara-gara kandungan Maya uri di bawah.
Mengandung lagi? Arieq tak sanggup! Dia tak sanggup untuk menempuh saat itu lagi.
"Tapi sekarang Maya mengandung!"
Lidah Arieq kelu. Matanya terpaku merenung sang isteri.
"Ma...ma.. Macam mana boleh mengandung? Rindu terlupa makan pil perancang ke?" Arieq mula risau. Dia takut sebenarnya!
"Dari awal tahun lagi Maya memang dah tak makan pil perancang tu." Jujur sahaja Maya mengaku.
"Astagfirullahal Azim.. Rindu tahu tak rindu bahayakan diri rindu?! Kenapa tak bincang dengan abang?!"
Nada suara Arieq bertukar tegas tapi bukanlah dia menengking Maya. Dia cuma tak sangka, Maya akan berhenti makan ubat perancang itu tanpa pengetahuan dia.
"Abang, setiap anak itu kandungannya berbeza. Pembawakkannya juga berlainan. Inshaa-Allah, mungkin kali ni Maya boleh bersalin biasa."
"Tapi..."
"Syyyyhh." Jari telunjuk Maya tegak di bibir Arieq. Meminta si suami mengunci bicara.
"Maya tak ada masalah kesihatan lain. Berdosa untuk kita menyekat rezeki Allah. Sedangkan untuk tidak dibenarkan hamil itu perlu dua sokongan pakar dari mereka yang arif. Dan Maya hanya pernah mengalami komplikasi kelahiran. Bukannnya Maya tak boleh mengandung sampai bila-bila." Arieq hanya mendiamkan diri.
Ya, dulu pembedahan kali kedua itu doktor tidak membuang rahim Maya. Kata mereka, pendarahan yang Maya mengalami itu bukan dari rahim Maya. Tapi dari ovari Maya! Ada ketumbuhan cyst di sebelah ovari kiri Maya. Ketika pembedahan melahirkan Marsya Irdina, doktor tidak membuang ovari itu, mereka hanya mengeluarkan cyst tersebut. Tapi di situlah penyebabnya pendarahan berlaku.
"Lagipun, abang tu asyik lebihkan cinta. Cinta pun selalu tok dia bawa jalan-jalan. Umi pun mereka bawa. Maya tinggal sorang-sorang. Nanti adik sayang dah ada, tak la Maya sunyi lagi."
"Ishh... Bila abang lebihkan cinta dari rindu?! Sama aja. Dua-dua penting dalam hidup abang. Sebab rindu, ada cinta. Dan kerana hati abang cintakan Maryam Sumayyah la rindu itu sentiasa menghiasi hidup abang."
"Kiranya, abang tak marah Maya la kan?"
"Marah apa?" Soal Arieq.
"Maya tak makan lagi pil perancang tu..."
"Nak marah buat apa? Benih abang. Abang abi dia. Uminya memang suka buat dulu baru bagitau abi."
Perli Arieq. Maya hanya ketawa.
"Ya la, kalau bagitau.. abinya bantah. Adik sayang dah ujud dalam rahim umi, baru la umi bagitau. Sebab, mustahil untuk abi mahu jadi pembunuh waris sendiri kan?"
"Nakal!"
Sebuah ciuman singgah di dahi Maya.
Dia Maryam Sumayyah, pendamping syurga duniawi Nashrieq Idham. Semoga, cinta yang sedang mekar ini akan terus mewangi hingga ke jannah. Aamiin..
Doa hati kecil Arieq.
Tamat.
P/s: Sudilah kiranya anda yang membaca nukilan ini meninggalkan komen untuk saya. Supaya saya dapat perbaiki lagi penulisan saya.
Sesungguhnya menulis itu sukar, tak seindah perasaan ketika kita membacanya.
Terima kasih,
Wassalam.
3 comments:
Meaningful story....
Meaningful story....
Tq dear..
Post a Comment