Aisyah menggeleng kepala lagi. Sudah
lima belas minit Hilman memujuk. Aisyah tetap tak mahu mengikut kehendak
adiknya.
“Kak..”
“I don’t want!” Suara Aisyah tegas.
Tangan memeluk tubuh sendiri.
“Adik dah bayar tau. Dia perempuan.
Bukannya mak nyah! Adik tau fikir la. Takkan Adik nak suruh lelaki bukan mahram
make up kan kakak sendiri!” Kesabaran Hilman mula tergugat. Aisyah tetap
berkeras tak mahu disolek.
“Kakak tak suka muka kakak ditepek make
up tebal. Tak pernah umur kakak pakai barang-barang ni semua.” Mata Aisyah
menghala ke arah alat-alat solek di atas meja. Muka Hilman sudah menjadi merah.
Bengang!
“Atiqah!” Suara Hilman lantang memanggil
tuan empunya nama. Ruang kerja Aisyah itu muncul seorang gadis kecil molek.
“Yes, Hilman. I dah boleh buat kerja I?”
Aisyah mendengus kasar. Faham, Hilman
mula menggunakan kuasa vetonya.
“Aku bagi masa setengah jam untuk kau
make upkan kakak aku. Make sure she’s look natural beauty but elegant and
vouge!” Garang suara Hilman menguasai bilik itu.
Sejurus memberi arahan pada Atiqah,
pintu kayu bilik kerja Aisyah itu dihempas kuat. Terangkat bahu Atiqah gara-gara
terperanjat. Bergetar bibir gadis itu mengucap panjang.
“Dah kenapa mamat tu meroyan kak?”
“Sorry Atiqah. Dia tak marah awak. Tapi
Hilman naik angin dengan akak.” Aisyah jadi serba salah terhadap Atiqah yang
telah berubah air mukanya.
Tak pasal-pasal budak ni terkejut.
Allah, adik.. Kenapalah boleh jadi macam ni? Hati Aisyah mengguman sendiri.
Ah, salah aku jugak! Adik dah penat
uruskan semua. Benda ni kan boleh bincang dengan Atiqah?
Bibir Aisyah mula mengukir senyuman. Dia
cuba kembalikan suasana ceria. Bimbang Atiqah akan salah tanggapan pada Hilman.
Dia tak mahu orang bercerita buruk tentang sikap Hilman.
Tak,Hilman bukan pemarah orangnya!
“Jom Atiqah. Cepat kita mulakan, cepat
siap nanti. Lepas tu Hilman boleh rehat. Dah beberapa malam adik akak tu buat
kerja mengedit gambar.”
Perlahan-lahan tudung yang menutupi
rambut hitam berkilatnya dilucutkan.
Terkesima Atiqah menatap mahkota Aisyah
itu, “MasyaAllah.. Cantiknya rambut akak!” Aisyah mengetap bibir. Malu apabila
Atiqah memuji secara terang-terangan itu.
Mata Atiqah beralih pula ke kulit muka
Aisyah. Putih kemerah-merahan. Sebiji jerawat pun tiada. Malah pipi Aisyah
begitu mulus.
Apa produk kakak Hilman guna ni? Bersih
betul muka dia. Desis Atiqah dalam hati. Matanya masih lagi meliar. Meratah di
segenap penjuru muka kakak kepada jurugambar itu.
“Bismillah.. Saya sentuh muka akak ya.”
Aisyah sekadar mengangguk sambil
memejamkan matanya. Dalam hati Atiqah tak putus memuji muka Aisyah yang mudah
untuk diuruskan.
Orang cantik, walau sekadar mengenakan
solekan tipis pun sudah cukup membuatkan mata yang memandang menjadi tertawan.
Hilman yang sedang leka membelek
kameranya berpaling apabila terasa bahunya dicuit orang. Bibirnya sedikit
terbuka. Kelopak mata Hilman tidak berkelip. Tangannya sudah kaku, diam tidak
bergerak.
Masa seakan terhenti. Suasana menjadi
sunyi dan sepi. Petikan jari Aisyah langsung tidak merubah keadaan.
“Afiq Hilman!” Pipi Hilman ditepuk oleh
Aisyah. Barulah Hilman bagaikan tersedar dari lena yang panjang.
“Wow! This is my sister?”
Atiqah sengih panjang apabila Hilman
sudah terbuntang mata melihat Aisyah.
“Kakaklah ni! Adik ni kenapa?” Aisyah
mula mencekak pinggang. Hilman senyum melirik.
Sungguh, ini kakak kandung aku ke?
Cantik! Sangat cantik!
“You look so beautiful dear. Rasa macam
orang asing yang pertama kali jumpa!” Pipi Aisyah bagaikan tomato yang sedang
masak ranum ketika ini. Merah menyala!
Alis mata yang cantik. Celak yang
menghiasi mata itu begitu memberi impak pada raut wajah Aisyah. Kelopak mata
yang sejak azali sepet kini terserlah. Mata Aisyah seakan-akan galak memanah.
“Tapi...betul ke ni kakak saya, Atiqah?
This is my sister? Are you sure?” Hilman mengulangi lagi soalan yang sama. Dia
masih lagi tidak percaya dengan figura di hadapannya ini. Kali ini Aisyah menumbuk
bahu Hilman dengan sikit kuat.
“Aisyah Humayra la ni.” Atiqah tergelak
bila Aisyah sudah menjawab pertanyaan Hilman bagi pihaknya.
“Lee. Aisyah Humayra Lee.” Hilman dan
Aisyah menoleh ke belakang. Atiqah juga apabila ada suara yang menyambungkan
nama Aisyah. Senyuman Aisyah terus mati apabila matanya bertembung dengan tuan
punya suara.
Langkah yang semakin menghampiri itu
dipandang dengan penuh hairan. Sempat dia berbisik pada Hilman.
“Dik, bukan sepatutnya dia masih di
Beijing?”
Hilman mengangkat bahu, “Sepatutnya..”
Sepatah Hilman menjawab.
No comments:
Post a Comment