Bab 5
Lama Aisyah termenung, satu persatu
cerita Nadra singgah di telinganya. Semuanya cuba dihadam sebaik mungkin. Sudah
dijangka, Nadra sedang bermasalah. Kalau tidak Nadra takkan menemui Aisyah
dengan tiba-tiba begini.
Berat juga masalah Nadra ni... Desis
Aisyah perlahan.
“Pendapat kau macam mana, Syah?”
“Hurm.. Pergi ajelah tengok dia.”
“Aku tak boleh. Hati ni masih sakit.
Hati aku ni dah kosong. Aku dah buang dia dari hidup aku.” Air mata Nadra mula
memenuhi kolam matanya. Sebak mula mencengkam hati Aisyah melihat Nadra begitu.
“Mak cik aku suruh balik jugak. Dia
cakap, biarlah kita mengalah. Jangan orang cakap kita ni jahat.” Aisyah memaut
bahu Nadra. Perlahan-lahan tangan kanannya mengusap bahu itu. Menenangkan
perasaan gadis itu.
“Habis, kau nekad tak nak balik?” Nadra
menggeleng.
“Kalau aku balik sebab terpaksa buat
apa? Aku tak ikhlas nak pergi. Hati ni dah tak tau ikhlas tu apa?” Aisyah hanya
memerhatikan tapak tangan yang menepuk dadanya sendiri. Pipi gadis itu sudah
mulai basah dengan air mata.
“Tapi dia tenat, Nad...”
“Orang banyak buat dosa..”
“Astagfirullah.. Tak baik cakap macam
tu, Nad. Kalau dia berdosa, kau jangan turut buat dosa.” Air mata yang menitis
lagi, Nadra seka dengan kasar. Dia seakan tak rela mutiara jernih itu jatuh
lagi untuk orang yang telah mensia-siakan dirinya.
“Kau tak tau betapa hari-hari aku berada
di dalam ketakutan. Kau tak pernah tau sepasang mata ni, telah melihat
kekasaran dia. Kau takkan tau apa yang mak aku tanggung selama bersuamikan dia.”
Gendang hati Aisyah dipukul kuat. Dadanya makin mengetat. Tangannya kuat
menggenggam tangan Nadra.
“Ni... telinga ni.. setiap hari dipasak
dengan kata-kata makian dari dia!” Akhirnya Aisyah menarik tubuh Nadra ke dalam
dakapnya. Air mata Aisyah tumpah sama banyak dengan air mata
Nadra.
“Syyyhh..” Tiada kata-kata yang terzahir
dari bibir Aisyah untuk memujuk Nadra. Akhirnya dia hanya menepuk dan mengusap
perlahan belakang badan Nadra.
Hatinya turut sedih mengenangkan kisah
pilu Nadra itu. Patutlah Nadra selalu saja kelihatan ceria. Tapi ianya sekadar
menutup luka dan duka hati sendiri.
Aisyah tahu Nadra membesar tanpa ayah
dulu. Ibu dan ayah Nadra bercerai ketika Nadra masih kecil. Tapi Aisyah tak
pernah pula tahu pengalaman hidup
temannya itu.
Allah, pahit sungguh pengalaman yang Nad tempuh rupanya. Desis Aisyah dalam
hati.
“Nad.. menziarah orang sakit tu sunat
mu’akkadah. Tak semestinya hanya untuk kaum keluarga kita sendiri. Betul dia
pernah berlaku kejam pada kau dan ibu kau. Tapi tak ada dia, kau tak lahir Nad.
Nikah kau pun dia yang akan walikan. Itu tandanya hubungan seorang anak dan
ayah takkan pernah putus. Walaupun ibu kau dengan dia dah lama bercerai.
Pergilah tengok sebelum terlambat.”
Nadra yang masih lagi berada dalam
dakapan Aisyah, hanya diam tidak bergerak. Air matanya mengalir lesu tanpa
diseka lagi.
“Kalau kau nak pergi, aku boleh
temankan.” Pujuk Aisyah lagi.
Aisyah tak mahu Nadra menyesal seumur
hidup nanti. Memang pahit kenyataan yang ingin ditelan, tapi lelaki itu masih
lagi punya hubungan dengan Nadra. Nadra terhutang budi kerana lelaki itu yang
menyebabkan dia lahir ke dunia.
“Kau nak tau tak Nad? Kalau kita menziarah
orang sakit ni besar ganjarannya tau.” Aisyah teringat sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh At- Tirmizi, Ibnu Majah &Ahmad. Sabda Nabi SAW yang
bermaksud;
“Apabila seorang lelaki mengunjungi
saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di dalam syurga sehingga dia
duduk. Apabila sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia
berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya
hingga petang dan begitulah sebaliknya.”
Namun Nadra hanya kaku di situ. Aisyah
mengintai sedikit muka Nadra. Matanya terpejam rapat. Hati Aisyah sudah
berdetik. Pengsan ke cik kak ni?
“Nad.. Nad..” Pipi Nadra ditepuk perlahan. Nadra tidak bergerak. Tapi dadanya
berombak perlahan. Masih bernafas!
Ada dengkuran halus menyapa gegendang
telinga Aisyah.
“Cis, dia tertidur? Penat aku bagi
ceramah!”Kepala Aisyah tergeleng-geleng.
Nadra terlalu penat memendam perasaan.
Teman baiknya itu cuba berlagak kuat tapi akhirnya dia lelah. Air mata yang
yang terlalu mahal untuk dibazirkan melemahkan jiwa dia hari ini.
Perlahan-lahan Aisyah merebahkan tubuh
Nadra di atas sofa yang mereka duduk. Kaki Nadra diluruskan. Penuh ruang sofa
itu dengan tubuh kurus tinggi gadis itu.
“Aik? Datang rumah orang hanya untuk
tidur ke?” Aisyah berkalih.
Hilman sudah tercegat memandang Aisyah
yang sedang membetulkan kedudukan Nadra itu.
“Afiq Hilman, tak baik cakap gitu. Kakak
tak suka! Nadra tak sihat. Biar dia tidur kejap. And you.. please go away. Nak
tengok TV sila bersantai di bilik sendiri.”
“Tak sihat? Kenapa dia tak pergi klinik?”
Berkerut dahi Hilman menyoal. Arahan Aisyah tadi dibiarkan berlalu.
“Jiwa dia yang tak sihat sekarang ni.
Dia stress. Dah-dah pergi naik atas. Tak manis tengok anak dara orang
tidur.” Belakang tubuh Hilman ditolak
oleh Aisyah. Namun tolakannya tidak kuat
hingga boleh membuatkan Hilman menyungkur.
“Eh, Adik nak pergi ambil mummy la.
Petang sikit nak ke studio.”
“Oh, patutlah smart semacam...”
“...well... Hilman Lee ni kan? Photographer
idaman semalaya.”
“Perasan! Dah pergilah cepat.”
Hilman berlalu dengan tawa yang masih
lagi tersisa. Suka benar dia mengusik Aisyah.
Apatah lagi kakaknya itu suka mencebikkan bibir bila dia berura-ura
berlagak seperti tadi.
Aisyah akan kelihatan manja dengan cara
dia tersendiri!
4 comments:
Mcm nk jatoh ati kt hilman la..
:p jaga-jaga,
ERRRKKK...Nakk hilman lee boleh tak??
semakin menarik...
Wakakakakkakakakakkak... Handsome tau Hilman Lee tu. :P
Post a Comment