Monday, September 18, 2017

Gerimis Di Hati Bonda




Bahagian 1.


"Dia tak tegur pun mak. Dia salam, menonong aje dia jalan ke depan."

"Eh, dia tak tanya apa-apa ke? Sihat ke? Sakit ke?"

"Tak ada. Babi ke anjing ke tak ada pun."

Gulp.

Kalau mak dah mula sebut dua perkataan tu, tandanya mak marah. Sabar di hati mak kian menipis. Sepanjang aku jadi menantu dia, tak pernah aku dengar mak menyumpah atau mencarut. Ini kali pertama!

Maisara pandang muka Mak Ju. Wajahnya sedikit sugul. Hati tuanya sudah lama berkecil hati. Ya, Maisara tahu. Menantu perempuannya melihat raut muka itu setiap hari. Setiap perubahan di situ, Maisara boleh kenal.

"Tak apa... Dia pun ada anak. Nanti dia rasa la balik. Sampai bila dia nak buat mak macam ni?" Luah Mak Ju sayu.

Nur Maisara diam dan terus mendiamkan diri. Dia hanya membiarkan si mak mertua meluahkan segala-galanya.

Suasana di majlis perkahwinan sepupu Safwan tadi terlayar lagi. Ketika Maisara berdiri menanti buah hatinya kembali ke meja, tangannya dipaut oleh seseorang. Gara-gara terkejut, dia terus berkalih melihat tangan kanan sendiri.

Oh, rupaya anak buahnya sebelah suami. "Mak Uda, nak salam." Ujar si comel yang kurang setahun dari umur anak bujang Maisara dan Safwan.

"Caca, adik mana?" Soal si mak saudara bila dia hanya melihat cuma Caca seorang yang bersalam. Mak dia tak tau di mana.

"Tu," Lurus jari telunjuknya menghalakan si adik bersama si ayah yang jer diri tak jauh dari tempat Maisara jer diri.

"Tina, tak nak salam Mak Uda ke?" Dia pandang Mak Udanya takut-takut. Ah, dia memang takutkan orang sedari bayi. Dah besar pun dia masih begitu. Jadi Maisara tak hairan sangat dengan ragamnya itu.

Ayah dia yang mendengar Maisara menyoal si anak, terus mendekatkan anak perempuan kecilnya itu. Tangan halus itu, Maisara capai. Belakang tangan kanannya dikucup oleh Tina.

"Mak Uda nak cium boleh? Dah lama tak jumpa." Akhirnya pipi mulus itu Maisara sentuh dengan ulas bibir merahnya.

Ah, anak-anak... Apa yang dia tahu?

Ingatan tadi terbang dibawa angin bila suara Mak Ju menyambung luahan pilu di hati. Maisara tetap di situ, mendengar setiap butir percakapan orang tua itu.

"Caca datang-datang, terus jerit. Nenek! Dia peluk mak. Sedih betul hati mak. Mak yang bela budak tu dari lepas beranak. Si kecil tu tak berapa sangat. Dulu mak tak jaga dia."

Maisara senyum. Ya, boleh nampak berbeza Caca dan Tina. Mereka pernah sebumbung dengan anak-anak dia. Memandangkan si mertua beriya-iya mahu menjaga Syahmi dan Syahmim, mereka suami isteri mengalah.

Lagipun pandangan suami isteri itu sudah tak sanggup menghantar si bujang berdua itu ke rumah pengasuh. Asyik lebam sana sini. Bila Safwan atau Maisara bertanya, jawapan yang selalu mereka terima adalah tidak tahu.

Macam mana boleh tak tahu? Sedangkan mereka tinggal di rumah pengasuh. Mustahil dia tak tahu!

Semenjak itu, Mak Ju yang tengok-tengokkan Syahmi dan Syahmim ketika mereka suami isteri pergi kerja.

"Mak percaya ke, Abang Razin tu tak kasi Kak Yatt balik sini?" Maisara menyoal dengan tiba-tiba. Safwan tak sangka si isteri berani mennyentuh hal itu. Puas dijengelkan mata, namun Maisara buat-buat tak pandang Safwan.

Jeda.

"Kalau Abang Razin tak kasi, kenapa dia yang tuntun tangan anak dia bersalam dengan kita?"

Mak Ju menganguk, "Iya. Alah..yang benarnya si Yatt yang tak nak balik. Dia katanya laki dia tak bagi balik rumah ni!"

Ya, itu juga yang bermain di fikiran si menantu. Kalau birasnya, tak mahu jenguk mak dan ayah lagi, mengapa diĆ  pula yang beriya-iya membawa anak - anak perempuan mereka bersalam dengan saudara mara?

Yang Kak Yatt langsung tak tanya khabar mak tu. Apa punya fiil la minah tu. Agaknya dia tak sedar, reda telunjuknya itu terletak di tangan si ibu. Allah takkan reda kita, kalau kita derhaka kepada mak ayah kita.

Sabarlah mak.. Sara tak berani nak cakap lebih-lebih. Kak Yatt tu anak mak. Sara ni menantu. Orang luar.....

Hati Maisara menggumam perlahan.



Post a Comment