Monday, February 12, 2018

Menantu Edisi Terhad










Bab 1


“Haiiih, Piah.. Bonyok aje hari ni. Encik Umar kau tu outstation ke?”
Muncung Lutfiah makin panjang. Kepala tergeleng perlahan. Bahasa badan yang menjawab pertanyaan Laila itu.

“Tak la.” Kening Laila kian berkerut. Pulak.. Kalau laki tu ada, apasal dia bad mood? Takkan bergaduh?

“Dah tu kau kenapa?”

“Mertua aku nak mai rumah aku.” Jawab Lutfiah perlahan tak bermaya.

“Oh. Ibu mertuaku Nyonya Mansor...”

“Hei, mak mertua aku macam Siti Tajung Perak ar. Nyonya Mansor tu jahat. Mak Umar tu baik. Cuma tu la... Kalau ada yang tak kena kat mata dia tu, memang macam Siti Tanjung Perak la dia membebel.”
Laila ketawa. Itu rupanya....

“Kalau dia baik, yang kau bonyok kenapa?”
Lutfiah mengeluh. Pesanan Umar terngiang lagi.

“Kemas rumah sikit. Sebelum hati awak sakit kena membebel dengan mak, lebih baik awak jangan sakitkan mata dia.”

“Kain baju aku sebakul tak berlipat!”
Kali ini Laila ketawa dengan kuat. Sampai berair mata dia. Hati Lutfiah mendongkol geram. Sudahlah dia seriau dengan mak mertua dia, Laila beria-ia gelak sakan!

“Kau ni kan Piah, nak kata ada anak kecil.. Duduk berdua aje. Yang kau pergi peram kain baju kau tu kenapa?”

“Lai, aku tak sempat la. Aku penat gila dengan kerja ofis ni. Kat rumah aku berehat aje.”

Bidas Lutfiah. Sungguh, dia letih bila balik rumah. Pulang sudah hampir pukul 8 malam. Bila masa nak melipat kain baju?

“Kau memasak?”

“Tapau.”Balas Lutfiah sepatah.

“Huh! Kalau aku jadi mak mertua kau, memang aku hamun aje kau ni. Menantu pemalas!”

“Siut kau Lai!” Naik seoktaf Nada suara Lutfiah itu. Geram. Tapi Laila hanya menayang riak selamba.

Ada aku kisah kalau Piah marah. Dah memang patut pun kena berleter kalau rupa itu perangainya.  Duduk dua orang pun, kain baju malas nak lipat hari-hari. Lainlah aku ni…memang ramai umat dekat rumah tu.

Dalam hati Laila berkoyan-koyan dia membebelkan teman baiknya itu.



“Youuuuuu, pandang la sini.” Sisi pipi Umar ditarik. Memaksa si suami berkalih menatap wajahnya.

Umar berdecit. Kepalanya masih dikeraskan. Bertahan di situ.

“Saya tengah membaca ni..” Tegur Umar perlahan. Pantang dirinya diganggu ketika menghadap buku. Boleh jadi perang teluk!

“Sekejap aje.”

Buku tebal dikatup kuat. Kepala dipanggung. Hembusan nafas sedikit kasar. Lebih kepada mendengus!

“Kenapa? Nak tayang lingerie baru?”

Lutfiah menyengih.

“You perasan eh?”

Umar menjulingkan mata ke atas.

“Puan Lutfiah Safwa, saya ni suami awak. Saya tau mana yang baru. Mana yang awak jarang pakai.”

“Eh? Alolololo.. Encik Umar ni memang pandai beli jiwa isteri. Terima kasih. Tapi I bukan nak cakap pasal baju ni...”

Dahi Umar sedikit berkerut.

“Then?” Soal lelaki itu.

Tangan Umar dicapai. Jari-jari runcing itu menyulam jari panjang sang suami.

“Berapa lama mak mertua I tu nak duduk sini?”

“Kenapa? Tak suka?”

Lutfiah menggeleng laju.

“No, I tak cakap pun macam tu!”

“Jangan pernah pertikaikan berapa lama mertua awak nak tinggal kat sini. Sebab, saya tak pernah berbunyi langsung bila keluarga mertua saya ikut kehendak isteri saya, untuk datang sini sampai berbulan.”
Umar tidak marah. Lutfiah tahu tentang itu. Tapi hatinya terasa dengan kata-kata lelaki itu. Air mata pantas saja bergenang. Kepalanya menunduk, memandang dada yang sedikit terdedah.

“I tak cakap pun macam tu…” Ulang Lutfiah lagi. Akhirnya  setitis air mata dia jatuh di belakang kura-kura tangan Umar.

“La… awak menangis?” Umar cuba mengintai wajah isterinya itu. Tapi Lufiah menepis tangan Umar yang menyentuh dagunya.

“You jahat Umar! You buat I kecil hati.”

“Alahai..awak ni sejak akhir-akhir ni sensitif betul. Saya tak marahkan tadi? Saya pesan aje.” Tangan Lutfiah ditarik, namun Lutfiah tetap menepis. Menolak pujukan Umar itu.

Pinggir bibir sendiri, Umar gigit kuat. Sentap dengan tindakan Lutfiah yang terus merebahkan diri. Malah batang tubuh wanita itu membelakangi Umar.

“Lutfiah, tak nak cerita ke bila awak beli lingerie tu?”Umar melempar pancing. Mengharap umpan mengena.

Diam.

“Lutfiah sayang… berdosa tau seorang isteri itu tidak melayan kehendak suami. Sedangkan awak menggoda saya dengan gaun tidur yang seksi ni.”

Umar senyum. Jari telunjuknya sengaja dibawa ke kulit lengan yang terdedah itu. Sengaja dia mengusap di situ dengan perlahan.

Merajuk? Ini Umar Mahfuz la. Lelaki idaman di universiti dulu. Menjadi kegilaan ramai kerana wajahnya persis lelaki Arab. Tapi Umar bukan kasanova. Hatinya disimpan kemas buat Lutfiah Safwa!

“You pun berdosa, Umar. You kecilkan hati seorang perempuan yang bergelar isteri!” Bidas Lutfiah.

“Oh, okey! Saya besarkan balik hati awak tu.” Perlahan-lahan Umar mendekat tubuhnya pada belakang badan Lutfiah. Rapat.

Tangan kanan melilit pinggang ramping si isteri. Pucuk hidung yang mancung itu menghidu haruman rambut Lutfiah. Tangan yang memeluk pinggang tadi, menguis rambut yang menutupi pangkal tengkuk. Kemudian turun semula bagi mengunci pergerakkan Lutfiah.

“Saya minta maaf.” Kucupan hangat berlabuh di tepi telinga si isteri.
Bungkam. Lutfiah masih seperti tadi. Senyap tidak bergerak.

“Dalam saya cuba menjaga hati-hati wanita kesayangan saya…saya telah mengguris perasaan isteri saya. Lutfiah, saya anak lelaki yang menyayangi mak saya. Saya jugak suami yang menyintai awak. Saya cuba menjadi adil dalam melayan kedua-duanya. Saya tak mahu lebihkan sesiapa. Sebab saya perlukan dua-dua! Maafkan saya kalau saya salah.”

Akhirnya Lutfiah memusingkan badan. Mata yang basah itu menatap wajah Umar.

“Umar, I tak pernah langsung terdetik rasa tak suka pada mak you. I cuma tanya.. Sebab I kena balik awal dari ofis. I kena memasak. I kena kosongkan bakul baju tu. Nanti mak marah I….”

“Syhhh, saya akan tolong awak. Tapi sekarang tolong saya dulu.”

Lutfiah tercengang. Haiih, dia ni…. Tolong apa?

“Tolong apa, Umar?”

Umar senyum-senyum.

“Hangatkan malam saya.” Bisik lelaki itu di cuping telinga Lutfiah. Sempat dia menggigit manja di situ.

Serentak itu, lampu tidur di sisi katil itu terpadam.














No comments: