“Kak, tak tidur lagi?”
“Belum. Adik kenapa tak tidur lagi?”
Hanya sesaat mata mereka bertemu sebelum bebola mata Aisyah kembali merenung
kain kapas itu.
“Mata letih tengok gambar-gambar tu. Tu
yang turun. Ingat nak tengok movie, terpandangkan lampu kat sini menyala lagi.”
Bangku bar ditarik, perlahan-lahan punggung dilabuhkan. Menghadap si kakak yang
mulai menggunting kain.
“Kalau letih, tidur. Bukan tengok TV.”
Bibir Hilman tersungging. Teguran Aisyah itu ada benarnya. Tapi dia sengaja
beralasan begitu. Sebenarnya dia mahu menjenguk Aisyah. Dia ingin pastikan
kakaknya juga masuk tidur.
“Kakak tak letih?” Aisyah menggeleng.
Fokusnya masih pada guntingan kain itu.
Tak boleh dilayan sangat adik ni. Karang
tersalah gunting,naya aje. Orang punya ni. Kalau sendiri punya,lainlah!
“Banyak lagi ke nak potong?”Soal Hilman.
Matanya masih lagi merenung Aisyah yang begitu tekun dengan kerjanya. Sekali
lagi Aisyah menggelengkan kepalanya.
“Last.” Ujar Aisyah dengan kepala masih
menunduk. Tangannya bergerak mengikut garisan kapur berwarna merah di atas
kain.
“Make sure this is last for tonight
dear...”
“Don’t worry. I’m finished!” Aisyah
meletakkan gunting di atas meja. Kedua-dua tangannya terangkat ke atas. Lagak
seperti pesalah yang disuruh meletakkan senjata.
“That's my girl! Come, adik tolong
lipatkan.” Bibir mereka saling bertukar senyuman. Aisyah hanya membiarkan saja
Hilman menyudahkan kerjanya tadi. Kain yang sudah bercerai-cerai tadi Hilman
satukan. Kemudian, disusunkan ke dalan lipatan kain yang paling besar.
“Thanks dik.” Bahu Hilman ditepuk mesra.
Inilah satu-satunya insan yang selalu ada. Malah sentiasa di sisinya.
“Ala.. Small matter aje ni. Esok jangan
lupa tau. Kita mulakan photoshoot tu. Semua dah ready kan?”
Tiba-tiba Aisyah ketawa. Seperti ada
sesuatu yang mengeletek hatinya. Hilman yang memandang sudah menenyeh pucuk
hidung sendiri.
“Jangan cakap tak nak pulak eh kak?”
Mencerlung mata Hilman memandang Aisyah yang masih tertawa. Hilman mendengus
apabila Aisyah masih tetap seperti itu. Dia tahu Aisyah sedang mencari alasan.
“Kakak dah selesa macam ni...” Akhirnya
tawa Aisyah mati dengan sendiri.
“Ya, kakak selesa dengan home boutiqe
kakak ni. Ambil tempahan online. Tapi sampai bila? Lagipun kakak dah siapkan
material tu.”
Aisyah menunduk. Sampai bila? Selagi ada
orang memerlukan khidmat jahitannya, selagi itulah dia akan menjahit.
“Kakak...” Sepatah perkataan yang terbit
di bibir Aisyah, pantas Hilman potong.
“Kak..” Tangan Aisyah dicapai.
“Inilah masanya kakak pergi jauh. Inilah
detiknya kakak bina nama kakak. Betul, persaingan tu banyak. Tapi, kan kita dah
bincang sebelum ni. Kakak hanya keluarkan limited edition. Setiap corak dan
warna hanya ada satu saiz. Kakak masih lagi boleh menjahit dari rumah untuk
customer kakak sekarang.”
Aisyah terdiam. Bibirnya hilang kudrat
untuk membalas. Ini usaha Vincent. Lelaki itu yang beria-ia membawa mereka ke
China. Hanya ingin mendapatkan fabrik yang berkualiti tetapi berpatutan
harganya.
Pipi Hilman disentuh penuh kasih. Dengan
linangan air mata, Aisyah beradu mata dengan Hilman.
“Sampai bila kita perlu termakan budi
dik?”
Akhirnya Hilman membawa Aisyah ke dalam
dakapanya. Dia faham mengapa Aisyah keberatan untuk mengenakan busana yang dia
sendiri hasilkan.
“Syhhh, sebab tulah adik suruh kakak
pergi jauh. Adik akan jadikan kakak model yang elegant dalam mengayakan produk
kakak sendiri. Kita akan balas budi abang Vincent, tanpa perlu kakak
menggadaikan perasaaan kakak pada dia.”
Kelopak mata Aisyah menjadi besar dengan
tiba-tiba. Pantas dia sendiri meleraikan pelukan Hilman.
“Adik tahu?”
Dahi Aisyah Hilman kucup. Aisyah sudah
kaku berdiri di hadapannya.
“Tahu. Adik lelaki kak. Lirikan mata dan
senyuman abang Vincent tu adik kenal. Dia ada hati dengan kakak.”
Helaan nafas Aisyah sedikit lemah, “What should I do?” perlahan saja suara Aisyah menyoal.
Helaan nafas Aisyah sedikit lemah, “What should I do?” perlahan saja suara Aisyah menyoal.
“Esok, senyum semanis mungkin..”
2 comments:
Best nya..memng dua beradik je ke dear
yup kak :)
Post a Comment