Bab 4
Kelopak mata yang tertutup itu
dipandang. Sengaja dia mengambil kesempatan menatap seluruh raut wajah itu.
Jelas kelihatan garis-garis keletihan di situ. Gelas yang dipegang, perlahan-lahan
diletakkan di atas meja.
“Syah..”
Suara lelaki yang tidak asing
dipendengaran Aisyah itu membuatkan matanya celik. Pantas dia membetulkan
kontur tubuhnya. Kepala yang sengaja diletokkan ke kepala sofa, sudah tegak.
“Sorry. Syah terlelap kejap.” Bibir
Vincent tersungging. Kepalanya juga tergeleng.
“Penat?”
Angguk.
“Letih dengan kerenah photographer
Hilman Lee tu. Kerek!” Ketawa besar Vincent bila Aisyah meluahkan rasa
geramnya.
Dia tahu. Dia nampak cara kerja Hilman
tadi. Sengaja dia beredar cepat dari mereka. Vincent tak mahu Aisyah rasa tak
selesa dengannya. Tapi tidak bermakna dia menghilangkan diri terus. Vincent
membawa diri ke koridor tingkat atas rumah itu. Di situ dia memerhati mereka
bertiga yang berada di bawah.
“Nah, minum ni. Sejukkan hati Syah tu.”
Gelas besar berisi air mangga itu dihulurkan pada Aisyah.
Dengan senyuman yang sedikit hambar,
“Thanks, abang.” Gelas sudah bertukar tangan.
Vincent sekadar menjatuhkan kepala.
Senyuman kecil masih lagi di pinggir bibirnya.
“Syah naik atas pergi segarkan badan.
Lepas tu lelapkan mata. Dah hilang letih tu baru menjahit. Ni, kain sample yang
abang bawa balik. Bila free Syah tengoklah. Abang nak balik dah ni.” Vincent
mula mengangkat punggung bila dia sudah habis menyampaikan pesanannya.
“Abang tak nak lunch dekat sini ke?”
Bulat mata Aisyah memandang Vincent yang sudah tegak berdiri itu.
“Tak apa. Next time. Syah kan dah penat
tu. Lagipun abang kenyang lagi makan mee sup Syah tadi.” Bibir nipis yang
sentiasa murah dengan senyuman itu memberi keyakinan pada Aisyah. Dia
benar-benar memaksudkan apa yang dia katakan sebentar tadi.
“Oklah kalau gitu.” Aisyah mengalah!
Langkah mereka seiring menuju ke kereta Vincent.
“Jangan lupa kunci pagar.” Tegas Vincent
mengingatkan sepupunya itu.
“Ya. Baik-baik drive!” Laung Aisyah bila
Vincent sudah mulai mengundurkan kenderaannya.
“Bye.” Tangan diangkat, melambai kembali
kepada Vincent. Kereta Vincent semakin meninggalkan rumah dua tingkat yang
terletak di bahagian tepi sekali. Aisyah masih lagi di tengah laman, meninjau
ke dalam beg kertas yang Vincent hulurkan tadi.
“Tak pernah yang tak dapat ole-ole.
Bertuahlah badan sapa yang jadi kakak sepupu aku nanti. Tak payah pesan, dia
dah belikan!” Omel Aisyah sambil mengatur langkah masuk ke rumah.
“Kak, tidur ke?” Bahu Aisyah digoyang
perlahan.
“Ishh, kenapa dik?” Bantal empat segi
kecil dikepit ke muka. Rambut yang panjang sengaja dilepaskan sebelum berbaring
tadi,berselerakan di atas bantal.
“Tu.. Dekat luar ada orang nak jumpa..
Nak tempah baju kot.” Hilman menarik bantal yang menutupi separuh muka
kakaknya. Mesti dia hangin! Bisik Hilman dalam hati.
Aisyah mendengus.
“Jangan nak tipulah. Sekarang ni waktu
Qailullah. Memang takkan ada orang datang. Customers akak memang tahu rule akak
ni. Nak tempah baju ke nak ambil baju yang dah siap ke, bukan waktu tengahari
ni. Akak takkan buka pintu.”
Kan dah cakap... Waktu ni memang kakak
takkan terima customer. Gumam Hilman lagi.
Aisyah sememangnya telah menetapkan
garis masa untuk mereka yang ingin berurusan dengannya. Waktu tengahari seperti
ini, adalah waktu untuk Aisyah melelapkan mata sebelum solat Zuhur. Tak lama mana pun, hanya
setengah jam sebelum masuk waktu.
Sunah ini memang sudah menjadi kewajipan
diri Aisyah. Seperti yang telah diriwayatkan Ibnu Abbas.
Rasulullah bersabda;
“Memakan sahur itu boleh memberi
kekuatan untuk berpuasa pada siang hari, dan Qailullah (tidur sekejap) pada
siang hari (sebelum Zuhur) boleh memberi kekuatan untuk Qiamullail.”
“But I think she’s not your customer.”
Aisyah menolak bantal yang menutupi separuh mukanya.
Keningnya bertaut. Cuba menghadam
kata-kata Hilman.
“Then who?” Soalnya ingin tahu.
“Your friend, Nadra.”
“Nadra?” Sedikit terkejut kedengaran
nada suara Aisyah.
“Yup. Nadra.. si burung murai tercabut
ekor.”
“Hey, tak baiklah gelarkan dia macam
tu!” Hilman gelak. Punggung terus diangkat, mahu berlalu pergi.
“Cepat turun. Adik dah suruh dia masuk.
Jangan buat tetamu tertunggu-tunggu.” Sambung Hilman sebelum hilang di sebalik
pintu bilik Aisyah.
Ceh. Kata orang bukan main lagi.
Nadra.. Dia memang banyak mulut. Tapi
dia bukan jenis suka mengata orang sana sini. Dia bukan yang suka bercerita
kisah orang. Cuma dia memang terlebih ramah. Ada saja yang ingin dia bercerita.
Pasal dia bertembung dengan kemalangan
semasa dalam perjalanan ke tempat kerja pun, dia akan menelefon Aisyah!
Aisyahlah tempat dia berceloteh itu dan ini.
Dah kenapa cik kak tu datang tengahari
buta ni? Tak pernah-pernah dia datang time ni. Dah tu tak telefon dulu pulak
tu. Musykil betul..
Bingkas Aisyah bangkit. Rambut yang
sedikit tidak terurus disisir rapi. Setelah memastikan dirinya kemas semula,
Aisyah berlalu mendapatkan teman baiknya itu.
4 comments:
Haii laaa...macam nak tengok muka hilman lee n aisyah secara reality. hehehe
Masih bnyak tanda soal ag..tq dear.. Best..
Hihihi.. Hilman Lee.. sapa ya yang sesuai? krik.. krik..
Masih... tunggu ya!
Post a Comment