Wednesday, July 12, 2017

Akhirnya....

Assalammualaikum,
Selamat hari raya adilfitri, maaf zahir dan batin!

Hari ni, AH ingin mengkhabarkan bahawanya ceritera Setitis Kasih Selaut Sayang yakni kisah #IrfanJasmineNana akan lahir ke versi cetak!



Yeah, Alhamdulillah... Akhirnya anak sulong mama akan lahir untuk terbitan bulan Julai. Di bawah penerbitan Intens Idea.

Siapa sangka, the unplanned story yang muncul dulu! Sesungguhnya setiap rezeki itu, telah Allah SWT catatkan terlebih dahulu.

Tapi judulnya sudah bertukar ya. Hasil perbincangan bersama puan editor, kami gantikan kepada Istimewanya Dia.

Bukan saja Nana itu sememangnya adik yang istimewa, Jasmine dan Irfan pun istimewa kan? 😍



Dah boleh order tau! Tapi melalui Intens ya. AH tak ambil order. Bimbang tak dapat uruskan nanti. Jangan khuatir.. AH akan pi sain TT di pejabat Intens. So, pembelian melalui Intens akan ditandatangi oleh puan penulis!


Detail urusan pembelian seperti di dalam poster. Promosi sehingga 31 Julai 2017 untuk pengeposan percuma! Dan..... Untuk 100 orang terawal, akan mendapat cenderahati dari AH. 😘

Jangan terlepas peluang ya!

Akhir kata, terima kasih kerana setia menanti.

Syukran with love,
AH si Pau Manis.







No comments: