Prolog
Bilik
tidurku sudah dihiasi cantik oleh Acik sayang dan Ms Molly. Katil kayu jati
bertilamkan tebal lagi empuk itu dibaluti oleh cadar berwarna unggu lembut
berbunga kuning keemasan. Di dalam bilik ini, semuanya berwarna unggu lembut,
sengaja mama pilih warna ini. Unggu warna kegemaran aku, tapi tika ini aku
sikit pun tak rasa teruja dengan warna kesukaan aku ni. Dengarnya hantaran aku
pun berwarna unggu! Entah, aku cuma dengar mama cakap dengan Acik sayang sebab
aku memang tak tahu menahu pun pasal barang-barang tu. Semua persiapan
perkahwinan ini, mama dan baba yang uruskan hinggakan barang-barang hantaran
pun, mama dan dia yang pergi beli. Aku? Aku sibuk bekerja! Aku sengaja sibukkan
diri dengan kerja aku. Aku sengaja cipta alasan tentang kesibukkan aku. Masa sibuk
aku tu, aku isi dengan pesakit-pesakit
kancer. Kad kahwin pun aku tak tengok pilihan designnya. Semuanya aku serahkan
bulat-bulat pada mama dan baba.
Hari
ini, hari besar aku. Usai subuh tadi, aku dimandi bunga oleh nenek. Nenek kata
biar seri pengantin tu naik. Hailah.. seri pengantin? Pada aku, selagi
kehormatan diri tu terjaga rapi, khas untuk suami ada jer seri pengantin tu. Tapi
memandangkan aku ni mahu jadi anak yang mahu menggembirakan hati kedua ibu bapanya,
aku sekadar menurut apa saja permintaan dan persediaan yang dilakukan untuk
aku. Selasai sudah mandi bunga, aku hanya duduk di bilik. Tidak dibenarkan
keluar untuk buat apa- apa, hingga sarapan pun disajikan di dalam bilik. Untung
benar aku hari ini. Betul-betul jadi raja sehari!
“Mimi,
makan kenyang-kenyang. Lepas tu pakai baju yang ni. Majlis khatam dan berzanji
pukul 9 pagi. Ni dah dekat pukul 8.30 dah ni. Kejap lagi orang kumpulan yassin
tu mesti dah sampai.”kata mama sambil tangan kanannya menjijit sepasang
sepersalinan baju kurung berwarna hijau muda yang dihiasi jahitan manik. Tidak terlalu
sarat, tidak pulak terlalu ringkas. Aku hanya menganggukkan kepala sambil
menyudu nasi goreng. Tak ada selera sebenarnya, tapi apa pilihan yang aku ada?
segalanya seperti arahan. Semuanya seperti kata putus yang telah diputuskan
untuk aku. Sama seperti hal yang berkait dengan Rizz Amjad.
Ingat
Mimi, hari ini hari untuk kau menggembirakan hati mama dan baba! Rizz Amjad
sudah berlalu dari hidup seorang Izmin Sufiyah. Hari ini ruang kosong yang
ditinggalkan oleh Rizz akan diisi oleh insan lain. Seorang lelaki yang halal. Lelaki
yang wajib ditaati.
“Aku
terima nikahnya Izmin Sufiah Binti Abdul Razak dengan mas kahwinnya RM68.86
tunai.”
“Sah?”
“Sah!”
“Sah!”
“Alhamdulillah.......”
Allahuakhbar,
sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Tiada lain yang aku
pinta, berilah aku kekuatan untuk menempuh alam baru ini. Sesungguhnya aku tak
mahu jadi anak derhaka, maka aku turutkan permintaan kedua ibubapaku. Kini,
redakan hatiku untuk menerima dia sebagai suamiku. Sebelah kakiku sudah menuju
ke syurga dengan berkat doa ibubapaku. Izinkan aku dipimpin oleh dia Ya Allah,
untuk meneruskan perjalanan aku mencari pintu syurgaMu bersama dia yang
bergelar suamiku,Affiq Mirza.
Seusai
mengaminkan bacaan doa dan menunaikan solat sunat, dia mula datang ke arahku
yang sedang duduk bersimpuh berlapikkan tilam nikah dari mak andam untuk sesi
batal air sembahyang. Terasa tanganku menggigil, sejuk. Kini dia sudah berada
di hadapanku, dia mencapai tanganku lalu jari manis kananku disarungkan
sebentuk cincin mutiara yang diikat dengan emas dari koleksi Rafflesia. Serasa mahu
tertelan sesuatu bila aku mencuri pandang cincin tersebut. Mesti mahal yang teramat!
Tidak cukup dengan itu, dia mengambil sesuatu dari kotak Rafflesia itu. Dicapainya
semula tanganku, seutas rantai tangan berbijian mutiara dari koleksi yang sama
dipakaikan ke pergelangan tanganku. Aku menyambut huluran tangan dia dan aku
kucup kura-kura tangannya hingga hidungku menyentuh kulitnya. Berpusu-pusu
cahaya flash kamera dari mereka yang mahu merakamkan detik ini. Saat aku
menjauhkan hidungku, ada suara yang mahu merakamkan detik itu lagi dan minta
aku mencium semula tangan dia dengan lebih lama lagi.
Kemudian
daguku diangkat, untuk kali pertama sejarah berlaku dalam hidupku bila satu
ciuman dari lelaki asing yang kini halal untuk berbuat demikian telah melabuhkan
ciumannya di dahiku. Tanpa diminta kelopak mataku terpejam. Sama seperti tadi,
kali ini babak mencium dahiku pula diminta supaya berlama..
“Terima
kasih sudi jadi isteri abang..”bisikan dari dia bila bibirnya menjauh dari
dahiku. Dia tersenyum manis. Aku cuba membalas senyumnya, walau terasa amat
janggal!
“Suka
Acik tengok Mimi senyum jer sepanjang majlis.”Acik sayang berbisik sambil
memeluk dan mencium pipiku.
“Mimi
senyum demi mama dan baba. Dalam hati ni, Allah jer yang tahu Acik sayang.” Air
mataku menitis. Ya, senyum di wajahku sekadar menutup hatiku yang lara. Aku
cuba mengukir senyum yang paling manis hari ni. Agar segalanya tampak manis dan
cantik. Semuanya hanya kerana aku mahu mencium bau syurga dengan reda mama dan
baba.
“Sabarlah
sayang.. lupakan Rizz. Akad sudah dilafaz. Mimi sudah bergelar isteri kepada
Affiq Mirza” aku memeluk erat Acik Sayang. Hanya dengan Acik Sayang aku seolah
diberi kekuatan. Dia yang banyak nasihatkan aku. Kalau ikutkan hati aku, sudah
pasti baju nikah yang berwarna putih berlace keemasan ini akan berwarna hitam. Seperti
hantaran bertunang aku dulu, segalanya berwarna hitam.. sehitam hatiku yang
perlu aku putihkan kembali hanya untuk seorang Affiq Mirza.
No comments:
Post a Comment