Bab 1
Seraut wajah tampan terlayar di minda.
Terbayang senyuman yang sentiasa menghiasi bibirnya. Rizz Amjad, sepotong nama
empunya diri. Aku mengenali Rizz di Nilai Cancer Institute tempat kami bekerja.
Tapi dia bertugas di IT Department,
manakala aku pulak cuma jururawat saja. Perkenalan kami bermula tika aku harus
mengikuti kursus IT di department
dia. Sebenarnya aku balik kali ni, nak bagitahu keluarga tentang hasrat Rizz
untuk bertemu dengan mama dan baba. Belum sempat lagi aku buka mulut, aku dulu
yang menerima kejutan!
“Mimi,
ada staff baba berkenan sungguh dengan Mimi. Affiq cakap sendiri dengan baba,
dia nak kenal dengan Mimi.” Suara baba menyapa gegendang telingaku.
“Tapi
Mimi tak pernah jumpa dia.” Aku cuba untuk menolak dalam diam.
“Pernah
la sayang.” Mama pulak menyampuk.
“Ingat
sambutan hari raya yang lepas? Affiq jumpa Mimi dekat sana la. Baik budak Affiq
tu. Sopan, merendah diri. Walaupun dia supervised
ramai technician, belum pernah
baba dapat komplen dari orang bawah dia. Tak percaya tanya Abang Sani, dia
kawan dengan Abang Sani.” Oh jadi mereka ni saling berkenal rapat la ye?
Hurm..
Technician Supervisor yang supply
minyak kapal terbang di KLIA bawah kendalian Petronas. Harus gaji kebabom!
Macam mana aku tahu? Tahu la.. sudah tentu abang ipar aku tu pun staff bawahan
baba. Baba ketua mereka. Tapi aku bukan materialistik. Aku tak cari orang kaya.
Cukup sekadar orang biasa, yang mampu mencintai aku seadanya. Kerana aku punya
satu cinta, dan cinta itu sudah dimiliki. Bagaimana aku mahu terima lelaki yang
bernama Affiq tu? Sudahnya usul Rizz
yang mahu berjumpa dengan keluarga aku kunci dalam hati. Tak terluah dek bibir
mengenangkan perihal Affiq sedang hangat diperkatakan.
“Mimi,
tolong buatkan puding oreo Mimi tu. Mama nak buat pencuci mulut nanti.
Barang-barang, mama dah beli dah semalam.” Pinta mama ketika aku baru melangkah
masuk ke dapur.
“Amboi
ma, pencuci mulut? Macam nak makan besar je cara mama cakap tu.” Aku sengih
sambil menggigit sekeping biskut oreo ke dalam mulut.
“Tak
ada la makan besar, kita anak beranak jer.” Ye ke? Tapi kenapa aku tengok macam
banyak je bahan masakan mama ni.
“Mama
beli bahan puding tu banyak tak? Mimi nak buatkan untuk Acik Sayang la sikit.” Tiba-tiba
teringat jiran kami selang beberapa buah dari rumh ini. Best friend mama tu, tapi dah macam best friend aku juga.
“Mimi
suka sangat panggil Acik Nita tu Acik Sayang. Sayang tu cuma suami Acik Nita je
yang panggil dia.” Aku ketawa. Yup. Sebab aku selalu dengar suami Acik Nita tu
panggil dia sayang la aku panggil Acik Sayang. Romantic couple betul!
Aku
mula reneh agar-agar bersama serbuk agar dengan api perlahan hingga larut.
Kemudian aku masukkan gula, aku tambah pulak dengan susu cair. Aku kacau
perlahan hingga mendidih. Masa ni, memang tak boleh tinggalkan periuk, takut
nanti pecah minyak. Bila sudah mendidih, aku asingkan 2 cawan ke periuk lain.
Aku tambah pulak dengan milo, aku kacau sebati. Selepas itu, aku ambil semula
secawan dari adunan milo tadi aku tuang ke dalam loyang. Bakinya aku biarkan
dalam periuk dengan api perlahan supaya ia tidak mengeras. Bila agar-agar di
dalam loyang tadi mula mengeras, aku cucuk-cucuk sikit permukaannya dengan
garpu supaya bancuhan agar-agar yang berwarna putih tadi melekat. Aku mulai
menuang dari bahagian tepi loyang. Selepas itu aku susun pulak dengan biskut
oreo yang telah aku patah dua. Aku biarkan lapisan putih itu keras. Aku ulangi
semula proses tadi hingga habis. Kemudian aku sejuk di dalam peti ais. Siap!
Cuma
aku bersama mama di dapur. Atilia, adik bongsu aku tak tahu ke mana. Kak Nada,
kakak aku yang sulong belum sampai lagi. Kakak aku tu tinggal berasingan sejak
dia berkahwin dengan Abang Sani. Lepas satu menu ke satu menu yang mama
sediakan. Musykil aku ni.. lain macam mama memasak hari ni. Habis pinggan vantage
dalam almari kaca mama suruh aku keluarkan. Disuruhnya aku cuci kemudian lap
kering-kering.
“Mama,
betul ke cuma kita anak beranak je yang nak makan malam ni?” tanyaku.
“Ye
la..” jawab mama perlahan. Tapi mama masih menumis cili untuk menu ayam masak
merah.
“Kenapa?” soalan pendek dari mama.
“ Saja tanya. Cuma pelik sikit, siap suruh
guna pinggan vantage ni kenapa? Dah tak sayang lagi ke? Mama tu kedekut kalau
anak-anak nak pakai pinggan mama ni. Takut pecahlah. Nanti sumpiklah. Sayang
tau mama beli, mahal ni.” Aku ajuk cara mama bersama intonasinya.
“Amboi,
mulut.... mama lumur mulut tu dengan cili ni nanti.”mama menjeling, aku ketawa.
Sungguh, koleksi vantage mama hanya di dalam almari cermin. Aku tak tahu kenapa
hari ni mama baik hati.
“Eleh,
betul lah Mimi cakap. Mama tu cepat lupa.”aku ketawa lagi. Aku bangkit dari
duduk menuju ke singki sambil membawa bekas beirisi timun, lobak merah, cili
merah dan hijau untuk dicuci. Kemudian aku potong sepanjang 2 inci, lepas tu
aku hiris memanjang.
Aku sudah tahu kalau ada timun dan lobak
merah, pasti mama mahu buat acar rampai untuk dimakan dengan nasi jagung tu. Kebiasaannya nasi jagung yang dimasak oleh
mama akan disajikan dengan lauk ayam masak merah, dalca dan acar rampai.
Apabila kesemua menu dan nasi sudah siap dimasak oleh mama. Mama mengambil
mangkuk tingkat yang dia suruh aku keluarkan tadi. Kesemua bekas mangkuk tingkat sudah diisi,memang pelik la
dengan mama hari ni.
“Untuk
siapa tu?”
“Mimi
tolong hantar ke rumah Acik Nita dengan Acik Molly. Lepas hantar terus balik
jangan duduk terus.”pesan mama.
“La,
mama ni macam tak biasa pulak. Best
friends mama tu best friends Mimi
juga. Kenapa pulak tak boleh nak sembang-sembang?”tanya aku lurus.. hailah
makin aku pelik ni!
“Ngee,
Mimi jangan degil, Mama kata balik terus, Mimi balik la.” aku cuma mengeluh.
Mama memang begitu. Kalau A katanya A lah harus kita beri jawapan. Mama tegas
dan garang. Berbanding baba, baba lembut sikit. Senang dibawa berbincang.
Ketika
aku keluar rumah, Kak Nada sekeluarga baru sampai. Rindu dengan mereka
lebih-lebih dengan anak mereka. Walaupun tidaklah sejauh mana, tapi aku jarang
bercuti menjadikan rindu itu berkumpul dan berselerakkan. Kerja macam aku ni,
mana ada cuti sangat? Bukan cuti tu tak ada, cuti tu ada, tapi pelepasan untuk
bercuti itu agak payah. Hari raya pun begitu juga. Ish serasa aku lah, tak
pernah lagi aku dengar sebuah hospital tutup bila cuti umum dan setiap hari
perayaan. Mahu pesakit tunjuk perasaan andai itu yang terjadi. Berkhidmat untuk
masyarakat, walau aku di hospital swasta tapi motifnya tetap satu. Tetap sama
dengan kerajaan. Memberi perkhidmatan yang terbaik untuk mereka yang
memerlukan.
Lepas
balik dari hantar makanan ke rumah Acik Sayang dan Ms Molly, aku terus masuk
bilik. Konon nak mandi, tapi aku terlelap. Aku sedar bila Kak Nada masuk bilik
aku. Aku ni mengantuk sebenarnya, aku baru habis shift malam pagi semalam.
Lepas balik kerja aku terus balik ke rumah mama. Belum dapat rehat betul. Tadi
tu sebenarnya aku nak minum di dapur bila mama nampak aku terus dia suruh masak
puding oreo. Dan aku anak yang taat, aku buatkan jugak walaupun mata aku sudah ditahap mahu tahan
dengan batang mancis supaya tidak terkatup .
“La..
Mimi tidur? Bangun Mimi, nanti mama marah. Tak elok tidur senja la.” aku masih
diam memeluk bantal.
“Mimi,
bangun!”
“Kejap lah Kak. Mimi
mengantuk sangat ni.” Aku masih mamai.
“Bangun Mimi, dah masuk
maghrib. Akak dah kejut tau, kalau mama kejut siap dengan tangan mama merayap.
Nak mama kejut ke?” ugut Kak Nada. Mama? Oh tidak! Mama kalau kejut aku, siap
mencubit. Sakit. Aku terus celik mata. Kemudian aku duduk memeluk bantal,
kantuk masih ada.
“Bangun, mandi. Biar
segar sikit mata tu. Pakai lawa-lawa sikit. Lepas tu cepat turun, nanti dia dah
sampai Mimi tak turun-turun lagi.” Aku tak dengar sangat apa Kak Nada bebelkan.
Tapi aku sempat dengar ‘dia’yang kan Nada sebut tadi ingin bertanya siapa itu,
tapi akal melarang keras walaupun hati tergedik-gedik untuk bersoal jawab dengan
Kak Nada.
Bila sudah siap
bersiap, aku turun ke bawah. Terbuntang mata mama melihat aku yang cuma
mengenakan t shirt longgar dan aku padankan dengan seluar jeans. “Kenapa pakai
macam ni?” soal mama.
“Mama ni, apa yang
peliknya Mimi pakai macam ni? Biasa je pun kan, bukannya pakai seluar pendek!”
berkerut aku pandang batang tubuh sendiri.
“Pergi tukar, pakai
yang molek sikit.” Arah mama. Baba hanya mengerling mama.
“Kenapa pulak?”soalku.
“Mama kata pergi tukar.
Pakai baju molek sikit. Ada pulak pakai t shirt besar ni dengan seluar jeans.”bebel
mama, matanya seperti mata helang merenungku.
“Mama, sejak bila rumah
ni ada protokol dan etika berpakaian ketika malam seisi keluarga?” aku macam
bengang pulak, aku yakin ada sesuatu. Tapi bila aku tanya seorang pun tak
tawab.
"So now tell me, garis panduan pakaian yang sepatutnya. Kurung batik atau sutera?” perliku. Kak Nada tersengih. Aku sengaja nak bagi mama marah. Sebab aku geram! Bila aku tanya, kita-kita je di jawab tapi dia suruh aku tukar baju lain. Seolah-olah ada orang luar yang akan turut menjamu selera dengan kami malam ini. Aku menghentak kaki sebelum naik ke bilik, tanda protes! Mama menjerit kecil mengur aku berperangai budak-budak.
"So now tell me, garis panduan pakaian yang sepatutnya. Kurung batik atau sutera?” perliku. Kak Nada tersengih. Aku sengaja nak bagi mama marah. Sebab aku geram! Bila aku tanya, kita-kita je di jawab tapi dia suruh aku tukar baju lain. Seolah-olah ada orang luar yang akan turut menjamu selera dengan kami malam ini. Aku menghentak kaki sebelum naik ke bilik, tanda protes! Mama menjerit kecil mengur aku berperangai budak-budak.
Ketika aku turun
semula, Kak Nada menarik tanganku ke dapur. “Kenapa pulak ni?” tanya aku dengan
agak kuat.Tak jadi kaki
menuju ke ruang makan bila kakiku terheret dengan pautan Kak Nada.
“Shhhh...
perlahan sikit. Dia dah sampai. Nah sarung tudung ni?”
“Hey,
apa hal dengan semua orang ni? Bila Mimi tanya semua orang cakap kita-kita jer.
Tapi kenapa suruh Mimi pakai tudung? Dia tu siapa?” kecik besar jer aku tengok
Kak Nada.
“Errr,
Mimi tanya mama dengan baba la. Kak Nada tak tau. Ermm..mama suruh Mimi yang
hantar dulang air ke depan.” Kak Nada terus saja melangkah. Panjang terus
langkah kakinya.
Aku
dah mula rasa nak marah orang jer ni. Istimewa sangat ke tetamu ni? Aku
menyarung tudung yang Kak Nada hulurkan tadi. Tudung aku sebenarnya, tudung
petang tadi. Masa balik dari rumah Acik Sayang dan Ms Molly, aku sangut kat tepi
pintu. Mujur juga tudung ni kena dengan baju kurung aku ni. Dengan hati yang
sebal aku menatang dulang air tersebut menuju ke meja makan di ruang makan di
bahagian depan. Ruang makan tersebut biasanya kami guna untuk menjamu selera
tetamu.
“Letak
terus jer Mimi kat meja makan tu. Dah boleh makan dah ni.” Aku terus membuang
pandang pada suara mama. Dan di saat itu la aku berlaga pandangan mata dengan
tetamu itu. Ah, muda lagi tetamu ni. Dia senyum..
“Mari
Affiq, kita makan.” Affiq? Kenapa nama
tu macam pernah dengar? Tapi kat mana?Ah, bila aku tak cukup tidur dan rehat
aku seperti orang mamai. Aku tak fokus apa yang orang sekeliling aku cakapkan. Sementara
mereka bergerak ke arah aku di meja ini, aku menuangkan air ke dalam gelas
masing-masing. Bila semua orang duduk di kerusi, mata aku meliar melihat kerusi
yang masih kosong. Kenapa aku terpaksa duduk sebelah dia? Baba di hujung meja. Abang sani di hujung
sana. Mama sebelah Kak Nada. Anak buahku, Eyfa sebelah Kak Nada. Yang kosong cuma
satu kerusi di tengah- tengah antara Atilia dan tetamu tadi. Aku memandang mama,
mama menjengilkan mata. Aku kalih pada baba, baba cuma senyum. Sudahnya aku tarik muka sebelum duduk
di tengah- tengah antara mereka berdua.
Mama
menghulurkan aku mangkuk nasi, dari isyarat mata mama minta aku menyendokkan
nasi jagung tu ke dalam pinggan lelaki sebelah aku ni. Aku buat tak reti dengan
isyarat mata mama. Bila aku menghulurkan mangkuk nasi tu kepada Atilia, kakiku
di bawah meja disepak orang. Aku tak pasti siapa. Mama atau Kak Nada. Dua orang
tu je la suspek aku. Takkan Eyfa pulak, kaki pun tak jejak lantai. Memang sebal
jer hati aku ni.
“Terima
kasih. Dah awak, cukup.” Lembut suaranya menyapa telingaku bila aku menyendokkan
nasi ke pinggannya. Ni memang jenis stok cakap bisik-bisik ke?
Aku
jeling Kak Nada yang sembunyi sengih. Bengang pulak tengok muka masing-masing.
Abang Sani lagi la... siap tunjuk ibu jari tanda good job! Hailah... aku nak makan pun tak ada selera. Pada hal nasi
jagung tu kesukaan aku. Sesi makan malam dimukakan dengan bacaan doa dari Abang
Sani.
“Makan
Affiq, jangan malu. Macam tak biasa pulak dengan baba dengan Sani ni.” Aku sikit
pun tak menoleh. Amboi baba, siap bahasakan diri baba. Anak angkat ke? Kenapa aku
tak tahu?Suasana sunyi bila kesemuanya menikmati makanan. Aku hanya tunduk ke
pinggan, sambil jariku menyuap nasi ke mulut. Nasi yang kunyah tidak terasa
nikmat sebenar nasi jagung air tangan mama. Rasanya seperti aku mengunyah
pasir. Keras dan kesat. Ini semua gara-gara tetamu yang memanggil baba, baba.
“Ma,
sedap puding ni. Ma buat ke Ma beli?” suaranya kedengaran lagi.
“Bukan
mama buat. Mimi yang buat.” Aku besar
mata. Mama? Hello, tu mama aku ok? Sesuka hati kau jer nak panggil mama! Tadi kau
panggil baba. Ni mama pulak. Mama ni pun satu.. aku tahu la mama kepingin anak
lelaki. Kan abang Sani ada? menantu sulong lagi. Eh kejap.. jangan cakap dorang
ni tengah praktis jadi menantu dan ibu mertua ea?
“Oh,
pandai..”dia berkata sambil menoleh sekilas sambil tersenyum. Itu pujian untuk
aku ke?
“Ada
lagi kat dapur tu. Nanti mama suruh Mimi bekalkan Affiq untuk bawa balik.” Hurm..
kena lagi aku.
Affiq. Oh maiiiiii.. aku rasa mama sedang
melobi aku! Mama sengaja suruh aku buat puding oreo tu. Baba pulak menjemput
dia ni datang makan malam di rumah aku di kala aku balik ke sini. Malah Kak
Nada sekeluarga balik ke rumah untuk makan sekali hanya bagi mengaburi mata
aku. Mereka semua memang sengaja memberi peluang lelaki yang disapa Affiq ni
tengok aku dengan lebih dekat!
Mama,
Mimi dah ada pilihan hati!
Baba,
Mimi sudah ada calon menantu untuk baba!
1 comment:
kesian dgn mimi.....
Post a Comment